Teknologi

Bas Elektrik Sedang Dalam Perjalanan Memecahkan Rekod Dunia

Sebuah bas elektrik telah memecahkan rekod dunia dengan melakukan perjalanan lebih daripada 1,000 batu dengan sekali cas.

Bas Catalyst E2 Max sepanjang 40 kaki ini direka oleh syarikat California bernama Proterra – ia telah bergerak sejauh 1,102.2 batu di lapangan ujian di New Carlisle, Indiana.

Menurut BBC, bandar-bandar di seluruh dunia ingin menggunakan lebih banyak kenderaan elektrik sebagai pengangkutan awam untuk memerangi pencemaran udara.

Sesetengah pakar percaya perjalanan jauh yang ditempuh bas itu, adalah sebuah pencapaian yang  penting bagi kenderaan-kenderaan elektrik.

Rekod sebelumnya adalah sejauh 1,013.76 batu, ia telah dicapai oleh kenderaan elektrik ringan bagi  penumpang,  ia adalah 46 kali lebih ringan daripada bas.

Bateri yang besar

Proterra berkata “pencapaian hebat” ini membuka jalan untuk lebih banyak kenderaan elektrik (Electric Vechicle, EV) berkuasa tinggi seperti bas dan lori.

“Dengan lebih banyak syarikat memasuki pasaran EV berkuasa tinggi, jelas kelihatan  masa hadapan akan akan dikuasai peralatan elektrik sementara teknologi berdasarkan pembakaran bahan api pula semakin berkurang,” kata ketua eksekutif syarikat Proterra, Ryan Popple.

Pusat mengecas kereta elektrik

Bateri yang digunakan untuk perjalanan ini mempunyai kapasiti simpanan tenaga sebanyak 660kWh.

Bas boleh memegang bateri yang lebih besar daripada kereta.  Bateri di dalam Catalyst E2 Max mempunyai hampir sembilan kali ganda lebih kuasa daripada bateri di dalam Model Tesla S.

Proterra telah menjual lebih 400 buah bas ke pejabat-pejabat daerah, universiti-universiti dan agensi-agensi pengangkutan komersial di 20 buah negeri di seluruh AS.

Meningkatkan kesihatan

Aktivis udara bersih Greenpeace Rosie Rogers berkata: “Sesetengah syarikat masih cuba mengatakan kita masih belum bersedia dengan revolusi kenderaan berkuasa elektrik dan kita perlu begantung kepada diesel bagi beberapa tahun akan datang.

“Para pembuat bas ini membuktikan bahawa kita hanya perlukan sedikit cita-cita dan keazaman.

“Kalaulah syarikat pengeluar kereta besar-besaran lain mempunyai semangat yang sebegini untuk menangani pencemaran udara serta meningkatkan kesihatan dan kehidupan orang ramai.”

Semakin banyak bandar raya membina pelbagai infrastruktur untuk menyokong kenderaan elektrik.

Jepun kini mempunyai lebih banyak pusat mengecas kenderaan elektrik daripada stesen minyak.

Di Eropah, Norway mempunyai kenderaan elektrik per kapita penduduk yang tertinggi.

London mempunyai armada bas elektrik terbesar di Eropah, dengan lebih 2,500 bas elektrik hibrid merentasi ibu kota setiap hari

Ben Wood, seorang penganalisis dari CCS Insight, berkata pencapaian Proterra dapat membantu mengatasi salah satu isu terbesar dalam penggunaan kenderaan elektrik iaitu kerisauan

“Hakikatnya kini sebuah bas elektrik berkeupayaan menempuhi perjalanan yang jauh. Hal ini berpotensi mengubah persepsi orang ramai tentang kebolehan kenderaan elektrik.”

Namun begitu, tambahnya lagi: “Sebuah bas boleh menawarkan lebih banyak  ruang untuk bateri yang lebih besar dan lebih berkuasa berbanding kenderaan elektrik lain yang lebih kecil, jadi keputusan percubaan ini mungkin boleh mengelirukan orang ramai. “

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close