Teknologi

Robot YuMi Berjaya Memimpin Orkestra Itali

Seorang maestro robot telah memimpin tenor Itali, Andrea Bocelli dan Orkestra Lucca Philharmonic dalam persembahan Verdi’s La Donna e’Mobiledi di Pisa.

YuMi, robot dua tangan yang dibangunkan oleh firma Swiss ABB, mengetuai bakat klasik untuk melakukan tiga persembahan dalam gala untuk merayakan Pisa Robotik Festival.

Ia mengikuti jejak langkah konduktor robot Asimo, yang memimpin Orkestra Simfoni Detroit pada tahun 2008.

Kemudian, robot itu dilatih untuk meniru pergerakan konduktor dalam membimbing orkestra dalam persembahan The Impossible Dream dari filem Man Of La Mancha.

YuMi juga dilatih untuk meniru pergerakan konduktor Andrea Colombini, yang memimpin tangan robot untuk meniru pergerakan tangannya yang telah dikuasi sepanjang kerjayanya.

Proses ini direkodkan dan perisian digunakan untuk menyempurnakan pergerakan sebelum YuMi bersedia untuk memimpin orkestra.

Colombini berkata robot tersebut telah mengeluarkan semula pergerakannya sehingga ke tahap yang “tidak dapat difikirkan”, dengan “kelancaran isyarat yang kuat” dan “kelembutan sentuhan yang luar biasa”.

Beliau menambah bahawa untuk menyelaraskan interaksi lengan, siku dan pergelangan tangan robot merupakan satu cabaran besar dalam projek itu.

Tetapi ada had untuk apa yang boleh dilakukan YuMi.

Seperti konduktor Asimo yang pertama, robot YuMi hanya boleh meniru pergerakan konduktor dan tidak dapat bertindak balas kepada muzik atau menggalakkan pemain untuk menerima perubahan nada.

Sekiranya terdapat perubahan tiba-tiba dalam tempo, ia akan menjadi buruk.

“Yumi bagus ketika melakukan teknik tetapi pada akhirnya tidak berbakat dengan kepekaan manusia,” kata Colombini. “Robot tersebut boleh menggunakan tangannya, tetapi jiwa, semangat, hanya boleh datang daripada manusia.”

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button