AntarabangsaIsu SemasaPolitik

Duterte Sanggup ‘Membunuh’ Anak Kandungnya

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte telah mengarahkan polis untuk membunuh anak sulungnya, Paolo Duterte, sekiranya dakwaan penglibatannya dalam penyeludupan dadah dibuktikan benar.

Malah, beliau turut akan memastikan individu yang akan ‘melaksanakan hukuman mati’ ke atas anaknya itu dilindungi daripada sebarang pendakwaan.

Bercakap kepada kakitangan kerajaan di kediaman presiden di Manila, Duterte menegaskan bahawa kematian akan mendatangi anak-anaknya sekiranya mereka terlibat dalam gejala dadah.

“Saya berkata sebelum ini arahan saya adalah: Sekiranya saya mempunyai anak yang terlibat dalam dadah, bunuh mereka supaya orang ramai tidak akan mempunyai apa-apa untuk dikatakan.

“Jadi saya memberitahu Pulong (nama samaran Paolo): Arahan saya adalah untuk membunuh anda jika anda ditangkap, dan saya akan melindungi polis yang membunuh anda, jika ia benar,” katanya.

Awal bulan ini, Paolo telah disiasat oleh Senat berhubung tuduhan yang dilempar ke atasnya, namun beliau menafikan penglibatannya dalam penghantaran dadah jenis crystal methamphetamine dari China yang dirampas, bernilai AS$ 125 juta (RM 525 juta).

Memetik laporan Independent UK, musuh Duterte mempercayai bahawa Paolo, 42, mungkin telah membantu memudahkan kemasukan dadah itu ke Manila.

Senator Antonio Trillanes, pengkritik tegar presiden itu memberitahu panel Senat beliau mempunyai maklumat risikan bahawa Paolo merupakan anggota kongsi gelap dan mempunyai tatu ‘seperti naga’ dengan nombor rahsia di belakangnya.

Anak presiden itu mengakui dirinya mempunyai tatu, namun enggan memberi maklumat lanjut mengenainya dan memberitahu panel bahawa beliau tidak akan membenarkan gambarnya untuk diambil dan dihantar ke Agensi Penguatkuasaan Dadah Amerika Syarikat (DEA) untuk pengekodan.

Sementara itu, jurucakap presiden, Ernesto Abella berkata, kehadiran Paolo dihadapan Senat itu menunjukkan bahawa beliau “sanggup dan bersedia untuk menghadapi tuduhan-tuduhan berniat jahat” yang bertujuan untuk menjejaskan imej dan kredibilitinya.

Tegas Duterte, beliau juga akan meletak jawatan sekiranya pengkritiknya boleh membuktikan jika mana-mana anaknya terlibat dalam rasuah.

 

 

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close