Pada suatu hari di bulan Mac 2015 sekitar jam 8 malam, Joe O’Leary makan malam bersama ibu bapanya. Dia berkongsi pizza mempunyai topping tomato dan lada dengan ibunya. Dia kemudian pergi ke gym sebelum menaiki alatan senaman, elliptical. Kira-kira setengah jam dia mula berasa pelik. “Mata saya mula berair sebelum saya menghadapi kesukaran untuk bernafas,” kata Joe. “Lima minit selepas itu saya sedang bergelut untuk bernafas. Saya melihat ke cermin, saya dapati mata dan setiap bahagian wajah saya bengkak – bengkak. “
O’Leary dihantar ke unit rawatan kecemasan dan dimasukkan steroid dan antihistamin. Dia telah mempunyai reaksi alahan, tetapi bukan alahan kepada makan malam yang dimakannya sebelum itu: ia adalah disebabkan gabungan makanan dan senaman. Doktor dengan segera mendiagnosis Joe dengan suatu keadaan yang diberi nama anaphylaxis (alahan serius) yang disebabkan oleh senaman. Di mana reaksi terhadap pencetus alahan (alergen) hanya berlaku serentak dengan senaman. Jika dia menggabungkan makanan ini dengan senaman, O’Leary akan mempunyai tindak balas anaphilaktik kepada tomato, lada, kacang soya dan kacang, lapor Huffington Post.

Dia telah mengalami anafilaksis yang juga dikenali sebagai reaksi alahan serius, tetapi bukan terhadap apa yang telah dimakannya untuk makan malam. Ia disebabkan kombinasi makanan dan senaman yang telah dilakukannya.
Anafilaksis mula-mula dikenalpasti pada tahun 1979, ia mungkin dialami lebih kurang 50 orang dalam setiap 100,000 orang. Walaupun kesedaran mengenai alahan telah mengalami peningkatan, para penyelidik dan doktor masih tidak tahu dengan tepat mengapa keadaan ini berlaku, kata Maria Castells, seorang pakar alahan di Brigham dan Hospital Brigham dan Wanita.
Apa itu anafilaksis disebabkan senaman?
Anafilaksis disebabkan senaman adalah suatu keadaan yang jarang berlaku serta serius di mana anafilaksis (tindak balas alahan yang teruk) berlaku semasa atau selepas aktiviti fizikal.
Gejala-gejalanya termasuklah kulit mengalami gatal-gatal dan kemerah-merahan, kesukaran bernafas, dan masalah dengan saluran penghadaman, termasuk loya, kekejangan abdomen, dan cirit-birit.

Menurut Healthline terdapat beberapa jenis anafilaksis
- Anafilaksis semasa atau mengikuti latihan
- Anafilaksis disebabkan makanan serta senaman
Anafilaksis ini juga dikenali sebagai food dependent, exercise induced anaphylaxis (FDEIA). Gejala ini berlaku apabila makanan tertentu dimakan sebelum bersenam. Gandum adalah makanan pencetus bagi sesetengah orang. Mereka yang didiagnosis dengan FDEIA harus mengelak daripada memenatkan diri mereka pada hari mereka ingin makan makanan pencetus alahan mereka. Adalah lebih selamat untuk mengelakkan makanan pencetus sama sekali walaupun tidak menjadi masalah untuk mengambilnya tanpa senaman.
3. Terdapat juga kes-kes di mana alahan berlaku sebaik sahaja selepas makan dan bersenam.
4. Setengah ubat-ubatan tertentu seperti aspirin dan ubat anti-radang boleh mencetuskan alahan seperti juga suhu, kelembapan, dan hormon yang melampau.

Cara-cara merawat Anafilaksis
Menurut Emedicine, pencegahan adalah pilihan rawatan yang terbaik bagi pesakit penghidap anafilaksis disebabkan senaman, (seperti mengurangkan aktiviti fizikal ke tahap yang lebih rendah boleh mengurangkan kekerapan serangan). Bagi pesakit yang mengalami alahan terhadap sesetengah makanan adalah dicadangkan bagi mereka untuk mengelakkan makanan pencetus selama 12 jam sebelum bersenam.
Pesakit harus mengelakkan melakukan senaman dalam cuaca yang sangat lembap, panas atau sejuk melampau. Pesakit harus dididik tentang pengunaan suntikan kecemasan (mengandungi epinephirine) yang betul. (Antaranya adalah drenaclick, EpiPen, winject) serta sentiasa mempunyainya pada setiap waktu.