AntarabangsaIsu Semasa

Kerjasama AS Dan Dunia Islam Mampu Tewaskan Kuasa Jahat

Mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama di antara Amerika Syarikat dan dunia Islam akan menjamin kekalahan kuasa-kuasa jahat.

Menurut setiausaha agung Religions for Peace International, sebuah pakatan pelbagai agama, hubungan di antara AS dan dunia Islam mempunyai matlamat yang serupa, iaitu untuk membantu manusia sejagat.

Vendley berkata tamadun-tamadun besar seperti tamadun Islam dan Amerika adalah berlandaskan agama-agama yang hebat.

Beliau berkata demikian dalam sebuah persidangan kebudayaan komunikasi di New York yang dianjurkan oleh Liga Muslim Dunia (MWL).

Dalam pada itu, setiausaha agung MWL, Mohammed bin Abdulkarim Al-Issa menyatakan bahawa komunikasi kebudayaan di antara dunia Islam dan AS menyaksikan sejarah lama pertukaran dan kerjasama sekali gus menunjukkan bahawa teori “Clash of Civilizations” adalah berlandaskan kebencian dan perkauman.

Ujar Mohammed, kewujudan bersama di antara budaya tidak perlu berlandaskan “mempercayai pandangan satu sama lain”, namun ia adalah penting untuk mempercayai konsep kepelbagaian.

Sementara itu, setiausaha agung World Council of Religious Leaders, Baja Jain, membandingkan situasi masyarakat Muslim di AS dan masyarakat berkulit hitam di negara itu pada tahun 1960an.

Beliau berkata, jumlah penganut agama Islam di AS dianggarkan untuk mencecah 50 juta orang menjelang tahun 2050, jadi perlu wujud persefahaman di antara mereka dan komuniti-komuniti rakyat Amerika yang lain.

Tambah Jain, sudah tiba masanya untuk kita bukan sahaja menerima orang lain, tetapi juga menghormati mereka.

Dr. David Nasser, naib presiden kanan untuk pembangunan rohani di Liberty University di Lynchburg, Virginia, turut berkata bahawa universiti-universiti Kristian mempromosikan toleransi dan sikap keterbukaan di kalangan para pelajarnya serta menggalakkan mereka untuk berkomunikasi dengan masyarakat Islam di AS.

Memetik laporan Arab News, Dr Nasser menambah bahawa masyarakat Islam juga komited terhadap prinsip agama yang menggalakkan pembangunan dan kemakmuran.

Seorang lagi tokoh yang hadir pada persidangan itu adalah presiden Forum for Promoting Peace in Muslim Societies, Abdallah Bin Bayyah.

Beliau berkata, hubungan Islam-Amerika adalah berdasarkan prinsip belas kasihan, kebijaksanaan, kepentingan dan keadilan, yang menggambarkan intipati kewujudan bersama.

Akhir sekali, pengerusi General Authority of Islamic Affairs and Endowments di UAE, Dr. Mohammed Al Kaabi menyatakan bahawa orang Islam mempercayai kebudayaan komunikasi dengan AS perlu berlandaskan prinsip bersama Islam dan perlembagaan AS, yang menghormati kebebasan, demokrasi dan hak asasi manusia.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker