Bisnes & Ekonomi

Perdagangan Bitcoin China Menunggu Pengesahan-Pasaran Kini Disekat

Perdagangan bitcoin terbesar China sedang menunggu pengesahan daripada kerajaan berikutan terdapat banyak laporan media bahawa Beijing sedang merancang untuk mengharamkan perdagangan mata wang maya  ini di bursa domestik.

Kerajaan China merancang melarang perdagangan bitcoin di negara itu

Jurucakap bagi platform OkCoin dan Huobi memberitahu Reuters mereka tidak mempunyai maklumat untuk dikongsi berikutan laporan oleh terbitan kewangan China, Caixin yang membuatkan harga bitcoin turun sebanyak 6.6 peratus pada minggu lalu, lapor Reuters .

China merancang melarang perdagangan mata wang maya

Sumber dengan pengetahuan tentang dasar itu mengesahkan kepada Reuters bahawa China sedang merancang untuk melarang perdagangan mata wang maya. BTC China, salah sebuah daripada tiga bursa terbesar di China serta bank pusat China tidak membuat apa-apa komen.

Bitcoin didagangkan lebih rendah sebanyak 1.3 peratus pada harga $ 4,170 BTC = BTSP pada platform Bitstamp pada hari minggu lalu. Pada 2 September, ia telah mencecah paras tertinggi iaitu pada harga hampir $ 5,000.

“Orang ramai masih menunggu keputusan rasmi daripada pihak yang mengawal selia,” menurut Arthur Hayes, ketua eksekutif platform perdagangan mata wang BitMEX, sambil menambah bahawa  harga bitcoin yang agak lemah menggambarkan tentang kepelbagaian pendapat masyarakat terhadap artikel Caixin.

Perdagangan domestik China sebelum ini membolehkan pengguna menjalankan perdagangan secara percuma, hal ini menarik perhatian seterusnya meningkatkan permintaan dan menggalakkan jumlah pelaburan. Ini telah menyebabkan China berkembang pesat sebagai tempat perdagangan cryptocurrency (matawang kripto) dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Bitcoin adalah sejenis matawang maya

China mengenakan semakin banyak peraturan berkaitan perdagangan mata wang maya

Walau bagaimanapun, sejak Januari lalu, mereka yang mengawal selia urusan perniagaan ini mula menumpukan lebih perhatian pada industri ini. Malah mereka juga telah melancarkan beberapa peraturan termasuk mengenakan yuran perdagangan terhadap setiap urusan perdagangan yang dijalankan serta memastikan industri ini mengukuhkan lagi aktiviti pemantauan identiti pelanggan.

Minggu lalu, bank pusat bertindak mengharamkan perkara yang diberi nama “initial coin offering (tawaran syiling awal)”, iaitu perlakuan mencipta dan menjual mata wang digital atau token bagi pelabur supaya mereka boleh membiayai projek permulaan.

Bitcoin kini berdagang pada harga diskaun di bursa China berbanding di Amerika Syarikat. Pada Isnin lalu, bitcoin meningkat sebanyak 6.5 peratus pada 25,253 yuan ($ 3,871.67) di platform Huobi.

Walau bagaimanapun, di platform Weibo (ia seperti Twitter) sesetengah pengguna mengatakan bahawa mereka menarik balik sesetengah pelaburan bitcoin mereka, sementara yang lain sedang resah menunggu bagaimana sesetengah platform mengambil masa yang lama untuk mengembalikan wang tunai mereka selepas mereka minta duit mereka dikeluarkan.

Ramai berminat menjalankan urusan perniagaan matawang maya biarpun terdapat halangan daripada kerajaan China

Aurélien Menant, pengasas perdagangan mata wang Gatecoin yang berpangkalan di Hong Kong, berkata bahawa platform itu telah mengalami lonjakan dalam bilangan pendaftaran pelanggan China daripada Tanah Besar dan juga menerima sejumlah besar pertanyaan daripada pengasas token Cina yang ingin disenaraikan di Gatecoin berikutan tindakan kerajaan China melarang urusniaga ini.

Walau bagaimanapun,  seorang pelabur cryptocurrency dari China berkata, beliau ragu-ragu bahawa pihak berkuasa China dapat menyekat perdagangan cryptocurrency sepenuhnya.

“Saya rasa perkara ini telah melibatkan banyak wang dan ini menyukarkan urusan perdagangan ini diberhentikan sepenuhnya … Yang terbaik yang boleh mereka lakukan adalah menyekat urusan perdagangan, namun begitu orang awam akan menggunakan VPN atau mencari jalan lain”

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close