Hiburan

Keunikan Lagu ‘Anak Malaysia’ Oleh RCRG

Lagu patriotik terbaru berjudul ‘Anak Malaysia’ dendangan Russell Curtis & The Rowdy Gentlemen (RCRG) merangkumi semua keunikan yang terdapat di Malaysia. Mendengarkan liriknya yang turut menyebut tentang makanan seperti nasi lemak, sambal belacan dan ais kacang, sudah mampu untuk membuat anda lapar.

Lagu berbahasa Inggeris ini dimulakan dengan rentak rancak dan bertenaga dengan rangkap pertama yang jelas menggambarkan cara hidup rakyat Malaysia.

“We hail from the land Kuala Lumpur/where every guy you meet in the street is your bro (eh macha!!)”

“Kami berasal dari Kuala Lumpur / di mana setiap orang yang anda jumpa di jalan adalah saudara (eh macha !!)”.

Russell Curtis and The Rowdy Gentlemen (RCRG) adalah band yang terdiri daripada tujuh pemuzik  – Curtis sebagai vokalis, Jude Bensing sebagai pemain gitar, Gideon Yogan sebagai pemain gitar bass, Derrick Siow sebagai pemain drum, Yow Weng Wai pemain saksofon dan Khairul Anwar pemain trompet.

Pengarah Muzik Malaysia Tok Khon atau dikenali sebagai TK bermain keyboard dan bertanggungjawab untuk menjayakan kesuluruhan lagu Curtis.

“Apabila kami memutuskan untuk melakukan lagu ini, kami tidak mahu menghasilkan lagu patriotik yang selalu anda dengar. Kami mahu sesuatu yang menyeronokkan dan menarik,” kata Curtis.

Ahli RCRG yang berasal dari latar belakang budaya yang sangat berbeza di mana Curtis adalah Eurasian, TK, Siow dan Yow adalah Cina, Jude adalah Kadazan, Gideon adalah India / Filipina, dan Khairul adalah Melayu / Portugis, turut menjadi salah satu tarikan untuk lagu Anak Malaysia.

Lagu itu sendiri mengambil masa seminggu untuk ditulis. Ini adalah usaha kolaborasi yang bermula dengan menulis muzik dan lirik. TK kemudiannya melakukan susunan keseluruhan sebelum melakukan rakaman bersama ahli yang lain.

Muzik video lagu ini telah pun dimuat naik di Youtube pada 12 September lalu. Video muzik Anak Malaysia yang cukup santai ini turut menampilkan Cassidy La Creme, penyanyi dari Australia yang petah bertutur dalam bahasa Melayu.

Menurut laporan TheStar, matlamat utama lagu Anak Malaysia adalah untuk membuatkan orang ramai menyedari betapa hebat dan uniknya negara Malaysia.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close