AntarabangsaIsu Semasa

Majlis Pengebumian “Drive-Thru” di Jepun

Sebuah syarikat perniagaan pengebumian Jepun menawarkan peluang kepada ahli keluarga si mati untuk memberi penghormatan terakhir kepada orang yang disayangi tanpa meninggalkan keselesaan kereta mereka.

Firma itu mendakwa bahawa perkhidmatan pengebumian “drive-through” atau pandu-lalu adalah yang pertama di Jepun. Negara matahari terbit itu mempunyai populasi penduduk tua yang ramai dan perniagaan pengebumian mendapat permintaan tinggi.

Pelawat majlis pengebumian boleh mendaftarkan nama mereka pada peranti tablet dan melakukan ritual penghormatan terakhir hanya melalui tetingkap kereta. Proses ini akan dipaparkan melalui skrin untuk tontonan tuan rumah yang berada di dalam rumah bersama si mati.

Inisiatif ini bertujuan untuk mempercepatkan perkhidmatan pengebumian dan juga memberi peluang kepada saudara-mara yang kurang upaya untuk menyertai majlis pengebumian ahli keluarga mereka, lapor TheStar.

Orang tua khususnya, mungkin teragak-agak untuk menghadiri majlis pengebumian kerana mereka perlu meminta bantuan untuk keluar dari kereta. Tetapi melalui inisiatif ini, lebih ramai golongan warga emas akan dapat mengucapkan selamat tinggal kepada rakan atau jiran mereka yang meninggal dunia.

Dalam majlis pengebumian tradisional Jepun, ia biasanya mengambil masa sekurang-kurangnya 15 minit untuk seseorang yang menggunakan kerusi roda untuk melakukan ritual penghormatan terakhir.

Namun dengan adanya khidmat majlis pengebumian secara pandu-lalu yang bakal dijalankan bermula Disember tahun ini, golongan kurang upaya akan dapat melaksanakan ritual itu dalam masa beberapa minit sahaja.

Dengan jangka hayat hidup yang tinggi, Jepun berada di ambang menjadi negara “ultra-tua” yang pertama di dunia dengan 28 peratus orang berusia 65 tahun ke atas.

Laporan kerajaan terkini menunjukkan bahawa 27.3 peratus daripada 127 juta orang penduduk Jepun berumur 65 tahun atau lebih dan angka itu dijangka melonjak kepada 37.7 peratus pada tahun 2050.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close