Isu SemasaTempatan

Kepentingan Hari Malaysia Terhadap Masyarakat Malaysia

Hari Malaysia yang disambut pada 16 September setiap tahun, mempunyai makna yang penting kepada masyarakat berbilang kaum di negara ini. Hal ini kerana ia merupakan satu peristiwa penting yang telah menghapuskan perasaan “terpisah” dalam kalangan rakyat Sabah, Sarawak dan semenanjung.

Perayaan Hari Malaysia bukan sahaja berjaya menanamkan semangat perpaduan tetapi juga menyemarakkan rasa cinta kepada negara atau semangat nasionalisme lapor Malaysian Digest.

Hari Malaysia-hari lahir Malaysia

Tarikh 16 September 1963 sebenarnya adalah tarikh ‘hari lahir’ Malaysia yang telah menjadikan Malaysia negara yang bebas dan berdaulat

“Jadi, marilah kita sama-sama merayakan Hari Malaysia, Sabah, Sarawak dan semua negeri lain di semenanjung telah membentuk Malaysia bersama-sama, kekuatan atau kelemahan Malaysia bergantung kepada semua rakyat tanpa mengira asal usul, bangsa dan agama mereka.

“Itulah sebabnya perlunya sikap toleransi antara satu sama lain. Mengkritik atau menghina satu sama lain boleh menjejaskan sensitiviti masyarakat di negeri-negeri lain dan harus dielakkan supaya semangat 1 Malaysia sentiasa dilindungi, “kata Pegawai Pembangunan Masyarakat Inanam (CDO) Lukin Taliban memeberitahu Bernama.

Kepentingan meraikan Hari Malaysia

Beliau berkata sambutan Hari Malaysia perlu diadakan pada setiap tahun kerana ia mengingatkan rakyat tentang pembentukan Malaysia,  bagaimana orang-orang di Sabah dan Sarawak telah mencapai kemerdekaan serta telah bersatu dan bekerjasama dengan rakyat di semenanjung untuk membina sebuah negara yang progresif dan bersatu.

Lukin berkata apabila meraikan Hari Malaysia, rakyat termasuk ahli politik, mesti mengetepikan perbezaan politik mereka supaya mereka semua boleh merayakan hari yang sangat bermakna itu.

“Perbezaan dalam ideologi politik tidak sepatutnya menafikan aspirasi kita sebagai rakyat Malaysia atau melumpuh semangat kita untuk meraikan Hari Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Presiden ‘Penggerak Anak Bumi Sabah’, Jimmy Palikat berkata Hari Malaysia telah diiktiraf sebagai cuti umum oleh kerajaan dengan harapan semua orang di negara ini dapat menunjukkan semangat nasionalisme mereka serta sentimen positif pada hari itu.

Tambah beliau lagi, semua rakyat Malaysia perlu mengingati 16 September sebagai hari pembentukan Malaysia.

“Ini tidak bermakna bahawa kita tidak perlu ingat Hari Kemerdekaan kita, yang jatuh pada 31 Ogos. Ia bermakna 16 September perlu diingati oleh semua rakyat Malaysia sebagai hari terbentuknya Malaysia. Tarikh 16 Sept  juga tidak kurang pentingnya kerana pada tarikh ini kita menjadi Satu Malaysia.

Pada 16 September 1963, Presiden Persatuan Kumpulan Etnik Banjar, Tawau, Mohd Badrianshah Hamdi, menyatakan peristiwa yang paling bersejarah dan bermakna telah direkodkan apabila Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah menjadi “satu negara” berikutan keputusan seorang pemimpin masa lalu yang disokong oleh majoriti rakyat di ketiga-tiga wilayah pada masa itu.

Penyatuan Malaysia membawa perubahan postif kepada negara

“Perayaan Hari Malaysia mempunyai makna yang penting kerana apabila Sarawak dan Sabah bersetuju untuk bergabung dan menjadi bebas di bawah naungan Malaysia, keputusan itu telah membawa kepada perubahan besar.

 “Buktinya, pada hari ini Sabah dan Sarawak menjadi lebih progresif  serta selamat di bawah payung ini,” katanya.

Oleh itu, kata beliau lagi rakyat Sabah dan Sarawak perlu bersyukur kerana menjadi sebahagian konsep Malaysia.

“Marilah kita memberi sokongan dalam menyambut perayaan ini.

Walaupun kita tidak boleh menghadiri sambutan Hari Malaysia di Kompleks Sukan Likas pada 16 September ini, namun kita boleh menunjukkan sokongan kita dalam pelbagai cara, contohnya dengan mengibarkan ‘Jalur Gemilang’ di rumah masing-masing, “katanya.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button