Teknologi

Jepun-Negara 1001 Kemudahan

Selamat datang ke Jepun di mana hospitaliti dan khidmat pelanggan  adalah nadi negara ini.  Daripada mangkuk tandas hangat yang berkeupayaan menyembur air sehingga  ke kerusi keretapi yang boleh berputar supaya para penumpang dapat menikmati pemandangan semasa perjalanan

Pelancong yang ingin ke Tokyo untuk Sukan Olimpik 2020 boleh menjangkakan pelbagai perkhidmatan di Jepun yang mengasyikkan, di mana gadget futuristik banyak digunakan untuk melegakan tekanan kehidupan seharian, lapor The Star.

Mesin runcit boleh didapati di mana-mana di Jepun. Mesin runcit di Nakameguro, Tokyo

“Memberi perkhidmatan terbaik kepada pelawat adalah teras budaya Jepun,” kata Kazuhiro Watanabe, penganalisis trend pengguna di kumpulan perundingan Nikkei BP.

Malah ia mempunyai perkataan sendiri dalam bahasa Jepun – omotenashi – iaitu tumpuan kepada hospitaliti.

“Di sini, kami meramalkan kemahuan pelanggan,” tegas Watanabe. Tidak percaya?

Kemudahan tandas canggih

Bagaimana dengan situasi ini?  – Suatu hari tipikal  di Tokyo… penggera berbunyi. Dalam keadaan yang mengantuk, anda menuju ke tandas. Keadaan sejuk namun tempat duduk tandas sedang dipanaskan.

Tandas pelbagai fungsi ciptaan Jepun mempunyai ciri-ciri lain yang menakjubkan seperti semburan jet, pewangi atau bunyi yang dihasilkan tandas untuk menutup bunyi yang memalukan ketika anda sedang menggunakan tandas.

Sebuah tandas canggih yang boleh didapati di Jepun

Kebanyakan tandas awam di Jepun juga mempunyai tempat duduk untuk bayi di dalam tandas, supaya mudah bagi seorang (yang sedang berjalan berseorangan dan membawa bayi)  untuk  menggunakan tandas. Letak sahaja bayi anda ditempatnya, dan anda boleh dengan mudah menggunakan tandas.

Kemudahan di mana-mana

Apabila di rumah katakanlah anda terlambat untuk ke tempat kerja dan tidak ada masa untuk bersarapan pagi. Jadi anda menuju ke konbini- sejenis kedai serbaneka di Jepun – untuk membeli makanan. Sementara berada di sana, anda juga boleh membayar bil elektrik dan beli sepasang sarung kaki atau seluar dalam baru.

Mengeluarkan wang  daripada  ATM  yang mempunyai pemegang payung dan minuman.

Jika perlukan kafein, anda boleh beli setin kopi  panas ataupun sejuk daripada mesin layan diri. Anda tidak perlu berjalan jauh-jauh: Jepun mempunyai lebih dua juta mesin minuman layan diri.

Di Jepun, makan di luar di pun mudah. Mengapa perlu tunggu untuk memesan makan tengah hari anda? Banyak kedai makan di Jepun mempunyai mesin di luar, supaya anda boleh memesan makanan sebelum anda masuk ke kedai makan- mempercepatkan keseluruhan proses ini.

Pergerakan menjadi mudah

Ketika sedang bergerak, susunan dan perkhidmatan melicinkan perjalanan walaupun di stesen yang paling padat.

Penumpang  beratur dengan  teratur untuk menunggu kereta api mereka.  Kenapa kelam kabut jika kereta api sentiasa tiba tepat pada masanya dan sentiasa akan ada sebuah kereta api yang akan tiba.

Tekanan perjalanan jarak jauh juga dikurangkan oleh perkhidmatan kurier yang dikenali sebagai takuhaibin yang akan menghantar bagasi anda ke tempat percutian hujung minggu anda untuk harga yang yang berpatutan.

Tempat duduk boleh berputar di dalam kereta api Haruka di Osaka

Tidak dibebani oleh bagasi berat, anda boleh beratur untuk menaiki  kereta api peluru (bullet train) dengan teratur – tanda-tanda di lantai akan memandu anda – anda juga boleh menikmati kerusi yang berputar supaya anda boleh menonton pemandangan di sekeliling pada kelajuan 300 km per jam.

” Orang Jepun sangat pragmatik-keselesaan dan praktikal sangatlah penting,” kata Muriel Jolivet, ahli sosiologi yang telah tinggal di Jepun selama empat dekad.

Negara ini juga mempunyai barang-barang  yang unik – seperti bantal buku yang membolehkan anda tidur sekejap ketika sedang membaca, ‘baju kipas’ untuk dipakai semasa musim panas, dan  ‘poket pemanas’  untuk musim sejuk.

Baju di dalamnya mempunyai kipas ciptaan negara Jepun

“Orang Jepun bagus dalam menambah baik produk yang sedia ada, bukannya mencipta sesuatu daripada awal.”

Adakah itu menjadikan Jepun tempat tinggal yang sempurna? Mungkin tidak. Terdapat banyak peraturan yang perlu dipatuhi.  “Orang tidak boleh melakukan apa yang mereka mahu – itu adalah kelemahan di sebalik kelebihan ini” kata Watanabe.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close