HiburanIsu SemasaTempatan

Sudah Tonton Filem Pendek Dibintangi Oleh DS Liow Tiong Lai?

Filem pendek berdurasi 6 minit yang dibintangi oleh Menteri Pengangkutan Malaysia yang juga Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai telah dihasilkan sempena sambutan Hari Kemerdekaan kelmarin.

Video yang telah dimuat ke laman web Youtube dan mendapat lebih daripada 200,000 tontonan dalam masa empat hari telah mengundang pelbagai reaksi penonton.

Pete Teo, Penerbit Filem Pendek Citizens

Filem bertajuk Citizens telah diterbitkan oleh Pete Teo, seorang penyanyi, penulis lirik yang telah memenangi pelbagai anugerah ini telah mendapat dua kali ganda undian ‘like’ berbanding ‘dislike’.

Liow, 56 tahun memainkan dua watak iaitu sebagai dirinya sendiri yang memegang jawatan sebagai Menteri Pengangkutan dan juga sebagai seorang rakyat Malaysia biasa yang tidak berpuas hati dengan cara pemerintahan negara.

Filem yang memaparkan perbualan antara dua darjat ini menekankan aspek untuk mendengar dan memahami sesuatu situasi, mengeratkan perpaduan, mengukuhkan kekuatan masing-masing dan setia untuk negara tercinta.

Teo bersama penulis dan pengarah filem pendek ini, Liew Seng Tat sudah menjangkakan ada yang bakal tidak berpuas hati dengan filem pendek mereka sebaik sahaja memutuskan Datuk Seri Liow Tiong Lai sebagai pemain dalam filem mereka.

Namun mereka merasakan watak tersebut harus dimainkan oleh ahli politik sebenar berbanding pelakon biasa.

“Memilih ahli politik daripada Barisan Nasional bukanlah isunya di sini. Jika kita memilih ahli politik daripada pakatan pembangkang, ianya akan mendapat reaksi yang sama kecuali komen yang membantah bakal datang dari penyokong Barisan.

“Pemilihan kami sebenarnya sangat terhad kerana skrip di mana ia memerlukan seseorang yang memegang jawatan sebagai menteri Persekutuan.

“Ini telah memberi kami dengan tidak banyak pilihan dan akhirnya Datuk Seri Liow bersetuju untuk memainkan watak tersebut,” ujar Teo.

Sepanjang proses pembikinan filem, Teo dan Liew mahu penonton membawa mesej untuk mengekalkan perpaduan walaupun dalam keadaan yang tegang.

Dalam filem ini, Datuk Seri Liow turut menegaskan bahawa dia tidak kisah siapa yang bakal dipilih oleh rakyat tetapi mereka harus berfikir dengan hati nurani sebelum membuat keputusan.

Teo menegaskan dengan skrip tersebut ia menunjukkan bahawa filem ini sebenarnya tidak memihak kepada mana-mana parti.

 

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close