Makan & Minum

Kek Gulung Kaya Madam Chong

Jalan Petaling penuh dengan kedai-kedai pastri dan kek yang terlalu mahal, tetapi di gerai Madam Chong, keknya dijual dengan harga yang berpututan dan adalah sangat berbaloi. Gulungan kek buatan sendiri itu adalah sangat ringan, dan dipenuhi dengan jumlah kaya yang sesuai.

Kaya, telah menjadi pusat tarikan di gerai Madam Chong di Jalan Petaling selama dua generasi.

Dioperasikan oleh Chong Yoke Cheng, 56, yang lebih dikenali sebagai Madam Chong, gerai itu menjual kek gulung paling lembut di Kuala Lumpur.

Seperti kek gulung yang lain, ia diperbuat daripada kepingan kek nipis yang disapu dengan kaya dan kemudiannya dipotong kepada bahagian-bahagian yang besar.

“Kakak suami saya, Yow Chew King, mengajar saya bagaimana membuatnya kaya. Saya menggunakan resepi tersebut untuk membantunya dan dia akan datang ke Petaling Street dengan basikal untuk menjualnya di pasar pagi setiap hari.

“Ketika saya membuat keputusan untuk menjuak kek gulung kaya ini, saya tidak mahu ia menjadi terlalu berangin seperti kek gulung Swiss, sebab itulah saya memilih kek mentega untuk menjadikannya lebih lembut,” katanya.

Sesuai dengan apa yang digambarkannya, kek gulung kaya buatannya segar setiap hari, dan potongan kek tersebut lengkap dengan bahan-bahan yang menghasilkan kek gulung kaya yang lembut.

Lapisan kek mentega tersebut menaikkan lagi rasa kelapa dalam kaya, dan kaya tersebut melindungi kek daripada menjadi terlalu kering.

Harga untuk kek gulung kaya ialah RM1.50 bagi setiap potongan dan RM8 bagi setiap gulungan. Kedua-duanya sering habis dijual menjelang tengah hari.

Chong juga menjual kaya dalam botol plastik dan kek mentega, tetapi Chong berkata kek gulung kayanya adalah yang paling popular.

“Dalam satu hari, saya berjaya menjual 300 keping gulung kaya. Saya masih membuatnya dengan tangan kerana ia lebih baik daripada diperbuat menggunakan mesin. Ia memerlukan banyak kerja dan kekuatan untuk mencampurkan bahan-bahan kaya tetapi selagi saya akan membuatnya selagi boleh,” katanya.

Gerai Madam Chong terletak di Jalan Sultan (bertentangan KK Mart), Kuala Lumpur, dan dibuka dari pukul 8 pagi hingga 3 petang setiap hari.

Tags
Show More

Related Articles