HiburanTempatan

Aktiviti-Aktiviti Untuk Raikan Hujung Minggu Hari Malaysia

PARA GAMES 2017 Opening Ceremony

Tempat: National Stadium, Bukit Jalil
Tarikh: September 17, 2017
Masa: 6 PM – 10 PM
Yuran Kemasukan: PERCUMA

Sebanyak 3,000 atlet dan pegawai dari 11 negara di rantau Asia Tenggara – Brunei, Kemboja, Indonesia, Thailand, Vietnam, Myanmar, Thailand, Singapura, Laos, Timor Leste dan tuan rumah iaitu Malaysia akan mengambil bahagian dalam sukan dwitahunan yang akan diadakan di Kuala Lumpur. Majlis perasmian Sukan Para Asean ke-9 akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada hari Ahad. Sebagai rakyat Malaysia, turunlah ramai-ramai ke sana dan tunjukkan sokongan kepada atlet negara.

Bagi mereka yang terlepas peluang untuk dapatkan tiket dalam talian, masih ada tiket percuma yang akan diedarkan di Stadium Nasional pada 16 September – dari 2.00 malam – 6.00 malam atau sehingga stok habis dan 17 September – dari 10 pagi – 8.00 malam atau sehingga stok habis.

[eltdf_separator class_name=”” type=”full-width” position=”center” color=”Black” border_style=”solid” width=”” thickness=”1″ top_margin=”” bottom_margin=””]

Screening: Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka by Fahmi Reza

Tempat: Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur
Tarikh: September 16, 2017
Masa: 2.30pm – 4.30pm
Yuran Kemasukan: PERCUMA

‘Jalan Merdeka’, adalah pameran yang bertujuan untuk meneroka perjalanan yang berbeza dan mencabar dari tahun 1896 hingga 1957 yang membawa kepada kemerdekaan negara. Pameran tersebut terdiri daripada pameran fotografi, mural seni, ceramah dan perbincangan serta tayangan filem.

Minggu ini, Jalan Merdeka mempersembahkan tayangan untuk Hari Malaysia yang sangat istimewa iaitu penyiaran ulang tahun ke-10 ‘Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka’, satu dokumentari 35 minit yang telah memenangi anugerah yang menunjukkan sejarah Malaya di mana hartal atau protes di seluruh negara berlaku.

Dokumentari ini berkisahkan jalanan peristiwa kemuncak sewaktu hari Hartal, yang memaparkan protes terhadap Perlembagaan Persekutuan Malaya hasil daripada jajahan Kerajaan British dan UMNO pada 1947 – satu kebangkitan pergerakan demokratik rakyat Malaya, sepuluh tahun sebelum merdeka.

[eltdf_separator class_name=”” type=”full-width” position=”center” color=”Black” border_style=”solid” width=”” thickness=”1″ top_margin=”” bottom_margin=””]

KL International Jazz Festival

Tempat: Upstage Lounge, Rendez-Vous, Bangsar / University Malaya / Commune, Sunway Velocity Mall
Tarikh: September 14 – September 17, 2017
Masa: Sept 14 – 9pm sehingga malam / Sept 15-17 – 7.45pm sehingga malam
Yuran Kemasukan: RM 50 ke atas – tiket boleh didapati di sini

Pesta Jazz Antarabangsa Kuala Lumpur telah diadakan buat pertama kalinya pada tahun 2015. Pesta Jazz Antarabangsa KL kembali lagi tahun ini dengan artis jazz yang lebih banyak. Sepanjang empat hari dan di pelbagai tempat, pesta ini akan mempersembahkan artis jazz antarabangsa yang besar, termasuk pemain jazz terkenal, Eric Wyatt, ahli saxophonist dari New York City; Christy Smith, pemimpin band, komposer dan pemain bass yang bekerja dengan artis legenda seperti Stevie Wonder dan Sarah Vaughn; dan pemain jazz tempatan yang terkenal, Az Samad. Bagi peminat jazz, ini adalah pesta yang anda tidak mahu ketinggalan!

[eltdf_separator class_name=”” type=”full-width” position=”center” color=”Black” border_style=”solid” width=”” thickness=”1″ top_margin=”” bottom_margin=””]

Kenduri Kendara Teater

 Tempat: Makespace, Quill City Mall, Kuala Lumpur
Tarikh: September 14 – September 17, 2017
Masa: 7pm – 10pm
Yuran Kemasukan: RM45 / Pelajar – RM25

Selayak kenduri kahwin, pihak keluarga pasangan pengantin lazimnya mengundang tetamu untuk menjamah jamuan, menyapa pasangan, dan juga menjenguk bilik pengantin yang diraikan. Kenduri Kendara membawa penonton melusuri tiga tetapan yang sama untuk meneroka tema-tema seperti jantina, kepercayaan dan kerapuhan hubungan manusia dalam ruang-ruang yang intim.

Persembahan interaktif tiga serangkai ini menghimpunkan sebuah drama pentas (penonton dapat menjengah masuk ke dalam rumah pasangan muda), acara potret eksperimentasi (hadirin akan meneroka tudong sebagai objek budaya dengan mendasari jantina, identiti dan kenangan peribadi mereka sendiri), dan upacara menyuap makanan (penonton dijemput menyuap makanan menggunakan tangan, di antara satu sama lain. – Yang memilih untuk tidak mengambil bahagian dialu-alukan menjadi pemerhati).


[eltdf_separator class_name=”” type=”full-width” position=”center” color=”Black” border_style=”solid” width=”” thickness=”1″ top_margin=”” bottom_margin=””]

Together Gather 

 Tempat: Publika
Masa: September 15 – September 17, 2017
Tarih: 10am – 10pm
Yuran Kemasukan: PERCUMA

Raikan Hari Malaysia bersama-sama dengan Makers & Co dan Publika. Terdapat kraf seni buatan tangan oleh Gerai OA, demonstrasi sape, tarian Mah Meri, serta bengkel bunga moyang dan bengkel ukiran kayu percuma. Datang dan raikan Merdeka serta Hari Malaysia dengan Makers & Co dan Publika untuk mengeratkan ikatan antara rakyat Malaysia dan untuk menyaksikan penampilan bakat seni kreatif tempatan, kraf, fesyen dan persembahan.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close