#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.

Adakah anda suka bersenam? Sehinggakan anda akan rasa bersalah jika anda terlepas  satu hari senaman? Anda mungkin mempunyai masalah ketagih bersenam.

Menurut laman web Self, senaman selalu dikaitkan dengan kesihatan yang baik, seperti mempunyai lebih tenaga, tidur  yang lebih lena malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit berkaitan kardiovaskular (jantung). Disebabkan faedah-faedah ini  ramai yang cuba mengamalkan senaman secara tetap (itupun jika mereka tidak sibuk).

Pengakuan dan pengalaman individu ketagih bersenam

Namun begitu, situasi yang berlainan pula dialami oleh Katherine Schreiber, 28. Sejak dia kecil, dia mengalami masalah penerimaan bentuk badan. Kadang-kadang perasaan ini sangat teruk sehinggakan dia merasakan dia “terlalu hodoh” untuk pergi ke kelas.

Selepas menamatkan pengajian di kolej, Catherine Shreiber, 28 menjadi sangat obses dengan senaman

“Sekiranya saya bersenam, saya dapat mengawal perasaan itu,” jelas Schreiber. “Saya mula bersenam ketika di sekolah tinggi, mula-mula dua kali seminggu, lama kelamaan ia menjadi sebanyak tiga kali sehari,” lapor ABC News.

“Saya kelihatan seperti individu lain, malah  dapat bekerja di sebuah syarikat majalah,” katanya. “Namun,  saya akan ke gim sebelum ke pejabat, semasa waktu makan tengah hari dan selepas pulang  daripada kerja. Berat badan saya ketika itu sangat rendah.”

Dia terlalu kerap bersenam, sehingga tubuhnya mula menunjukkan tindakbalas negatif. Kitaran haidnya telah berhenti selama dua tahun, dia mengalami retak akibat tekanan di kakinya dan cakera yang retak di tulang belakangnya. Schreiber berkata dia sangat obses bersenam sehinggakan dia merasakan dia “tidak mempunyai kehidupan sosial.”

Schreiber kini sedang menjalani rawatan bagi ketagihan ini  dan merupakan seorang calon sarjana  kerja sosial di Universiti Fordham

Setakat ini, ketagihan terhadap senaman tidak diiktiraf oleh Manual Statistik Diagnostik dan Gangguan Mental sebagai sejenis gangguan terhadap kesihatan mental namun ia masih merupakan sejenis keadaan yang berupaya untuk memudaratkan kesihatan seseorang.

Menurut Project Know terdapat dua jenis ketagihan terhadap senaman iaitu:

  1. Ketagihan Senaman Primer (pertama)
  2. Ketagihan senaman sekunder (kedua)

Ketagihan  senaman primer lebih biasa berlaku terhadap kaum adam dan ia selalunya disebabkan penghasilan endorphin

Ia berlaku apabila individu tersebut ketagih terhadap senaman, namun mereka  tidak mempunyai masalah psikologi lain.  Endorphin yang dilhasilkan oleh tubuh sebelum dan selepas melakukan senaman memberi rasa yang menyeronokkan terhadap si pelaku.

Ketagihan senaman  sekunder pula berlaku apabila  individu  mempunyai masalah lain seperti  masalah pemakanan seperti anorexia nervosa and bulimia nervosa. Ketagihan senaman sekunder ini  biasanya berlaku dalam kalangan wanita dan selalu puncanya adalah masalah penerimaan bentuk badan.

Tanda-tanda ketagih bersenam

  • Secara umumnya, mereka yang ketagih untuk bersenam sentiasa mempunyai perasaan untuk bersenam secara berterusan.
  • Mereka juga tidak boleh mengurangkan sesi senaman mereka-jika mereka cuba berbuat demikian mereka akan gagal.
  • Individu tersebut sering terlepas pandang atau cuba merasionalkan kesan negatif rejimen senaman.
  • Keadaan ini mengganggu aktiviti harian mereka. Antara yang terjejas adalah keupayaan mereka untuk melaksanakan tanggungjawab serta menjaga kesihatan. Seperti tidak cukup tidur dan sering mengasingkan diri daripada kawan dan keluarga. Hal ini kerana mereka lebih rela membatalkan rancangan untuk bersosial daripada terlepas aktiviti senaman mereka.
  • Mereka juga mungkin akan mengehadkan rancangan percutian mereka sama ada ke tempat atau hotel tertentu supaya mereka dapat mengikuti rejimen senaman mereka.

Terapi sebagai cadangan penawar ketagihan

Terapi selalu dapat  membantu merawat keinginan mendesak untuk bersenam, hal ini kerana mereka yang ketagih untuk melakukan senaman mungkin akan menghadapi kesukaran untuk berhenti dengan sendiri. Coleman menerangkan mungkin membantu jika mereka menjalani terapi perilaku kognitif, di mana seorang ahli kesihatan mental profesional cuba mengubah fikiran dan tindakan negatif seseorang menjadi sesuatu yang lebih positif. “Membantu orang untuk mengurangkan kekerapan dan tekanan senaman adalah penting,” katanya. “Mereka yang ketagih akan cuba melawan rawatan ini  tetapi mereka perlu sedar bahawa mereka masih boleh gembira walaupun kurang melakukan  senaman.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial

Kongsikan ToodiaDotMy. Semua tentang belia ada di sini!Kami bukan sensasi tapi berinformasi.