#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Dua Acara Sukan Atlet Buta Pada Sukan Para Asean 2017


 

Terdapat dua sukan yang bakal dijayakan oleh orang cacat penglihatan pada Sukan Para Asean ke-9. Dua acara tersebut ialah Bola Sepak 5 sebelah dan Goalball.

  1. Bola Sepak 5 Sebelah

Apakah syarat pemain Bola Sepak 5 Sebelah? 

Pemain outfield wajib diklassifikasikan buta (Kategori B1), ini bermakna mereka mempunyai penglihatan yang sangat rendah (low visual acuity) dan/atau tidak nampak cahaya, manakala penjaga goal pula mestilah tidak buta atau rabun (B2 atau B3).

Untuk menentukan pertandingan yang adil, semua pemain outfield, mata mereka mestilah ditutup dengan alas mata (eye patched) dan ditutup (blindfold). Pasukan juga boleh mempunyai seorang pembantu untuk menolong mereka diluar padang.

 

Bagaimana sukan ini dimainkan?

Bola akan berbunyi bising disebabkan sistem suara yang diletakkan didalamnya untuk membantu pergerakan pemain.

Pemain harus mengatakan dengan terang lantunan suara ‘Go’atau ‘Voy’ bila meminta, merebut atau mencari bola.

Oleh sebab itu penonton sentiasa diminta berdiam diri sepanjang masa permainan. Bolasepak buta dimainkan diatas padang empat segi panjang dengan ukuran 40m panjang dan 20m lebar.

Keseluruhan padang hendaklah dihadang dengan papan penghadang (kickboards) untuk menghalang bola keluar dari kawasan permainan.

Padang permainan hendaklah sentiasa terbuka untuk membolehkan pemendapan suara yang mantap. Jangkamasa permainan ialah 40 minit, dibahagikan kepada 20 minit setiap separuh masa dengan tidak melebihi 10 minit masa rehat.

Setiap pasukan dibolehkan meminta satu minit masa rehat (time-out) bagi setiap satu masa permainan. Penjaga masa hendaklah memberhentikan jam untuk tendengan percuma, bola diluar kawasan permainan, gantian pemain, tendengan sudut, penalti atau tendangan penalti berganda dan jaringan gol.

Alat pembesar suara hendaklah diletakkan diatas meja penjaga masa; akan digunakan sepanjang masa untuk mengumumkan permainan diberhentikan dan untuk memaklumkan sebarang perkara yang berlaku semasa perlawanan contohnya: berlaku kesalahan, jaringan gol dan sebagainya. Ia juga akan digunakan untuk meminta penonton sentiasa berdiam diri.

2. Goalball

Apakah syarat pemain Goalball?

Satu pasukan terdiri daripada tiga peserta yang bertanding dengan membuat percubaan membaling bola yang mempunyai loceng di dalamnya ke dalam gol pihak lawan. 
Bagaimana ia dimainkan?

Pasukan akan bersilih ganti membaling atau menggulingkan bola dari satu hujung kawasan permainan ke hujung yang lagi satu dan para pemain kekal di dalam kawasan gol mereka sendiri ketika pertahanan dan juga serangan.

Pemain perlu mendengar bunyi loceng untuk memastikan kedudukan dan pergerakan bola. Perlawanan terdiri daripada dua separuh masa selama 12 minit.

Pelindung mata membolehkan pemain separa penglihatan (kategori B2 dan B3) untuk bersaing sama seperti pemain yang buta.

Penutup mata boleh dipakai di bawah pelindung mata untuk memastikan mata pemain tertutup sepenuhnya dan mengelakkan sebarang pandangan sekiranya pelindung mata pemain tercabut. 

Setiap gol adalah satu mata dan dikira apabila bola melintasi garisan gol sepenuhnya. Pasukan dengan mata yang lebih tinggi di akhir masa yang ditetapkan adalah pemenang.

Sekiranya keputusan seri, dua sesi lebih masa selama tiga minit akan dimainkan untuk mencari gol emas (pasukan pertama yang menjaringkan gol akan menamatkan perlawanan).

Jika tiada gol dijaringkan ketika permainan lebih masa ini, lontaran penalti dan lontaran penalti kalah mati akan diambil.

Dalam permainan waktu biasa apabila perbezaan maksimum sepuluh gol dicapai, panggilan mercy akan dibuat dan pasukan yang mendahului perlawanan diisytihar pemenang.

Bagi yang berminat menyaksikan dua permainan ini, berikut adalah jadual sukan tersebut:
Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial

Kongsikan ToodiaDotMy. Semua tentang belia ada di sini!Kami bukan sensasi tapi berinformasi.