#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


“Tiada Undang-Undang Untuk Membunuh Suspek Dadah”


 

Minggu lepas, ketua polis Filipina menyatakan bahawa tiada undang-undang atau arahan daripada Presiden Rodrigo Duterte untuk membunuh suspek-suspek dadah.

“Saya bersumpah atas nyawa saya, Presiden tidak mengarahkan saya untuk membunuh suspek dadah,” kata Ketua Pengarah Polis Kebangsaan Filipina (PNP), Ronald dela Rosa sambil menitiskan air matanya semasa berhadapan siasatan Senat selepas pembunuhan seorang lagi remaja oleh anggota polis Caloocan City.

Memetik laporan Jakarta Post, Dela Rosa mula rasa sebak semasa beliau membantah kenyataan Senate Risa Hontiveros yang berkata, terdapat undang-undang/dasar yang membolehkan suspek dadah dibunuh di bawah kempen perang dadah brutal Duterte.

Dalam sesi perbicaraan kedua, ketua polis itu meluahkan kekecewaannya dengan kenyataan Senat, sambil bertanya bagaimana untuk mempertahankan 175,000 pasukan polis yang hanya melakukan tugas mereka.

Sementara itu, Duterte turut mengeluarkan kenyataan ‘ganas’ sebagai bantahan terhadap pemerhatian Hontiveros.

“Anda fikir dua pembunuhan, walaupun ia tidak sah di sisi undang-undang, akan membentuk dasar?

“Katakan ia adalah pembunuhan. Saya tanya Hontiveros, adakah ia sudah menjadi dasar?….. Beliau (Hontiveros) sangat bodoh,” kata Presiden Filipina itu.

Di bawah pemerintahan Duterte, ribuan individu yang disyaki terlibat dalam dadah telah dibunuh tanpa sebarang bicara.

Jawatankuasa Senat dalam ketenteraman awam dan dadah merbahaya meneruskan perbicaraan atas pembunuhan pembunuhan remaja berusia 17 tahun, bernama Kian Loyd delos Santos.

Remaja itu dibunuh pada 16 Ogos bulan lalu kerana disyaki menjadi pengedar dadah.

Buat pertama kali, Jawatankuasa itu juga memberi perhatian terhadap pembunuhan seorang lagi remaja, Carl Arnaiz, 19, yang merupakan bekas pelajar di University of Philippines, yang ditembak oleh polis kerana didakwa cuba melawan selepas merompak pemandu teksi di Caloocan City.

Sementara itu, Hontiveros berkata, PNP tidak sepatutnya diubah menjadi “mesin pembunuhan”.

Dela Rosa menyatakan bahawa Senat itu merujuk kepada Duterte, tetapi beliau menafikan sebarang dakwaan Presiden itu telah mengarahkan pembunuhan suspek dadah.

“Biar saya mati sekarang di tempat duduk saya tetapi kami tidak pernah menubuhkan dasar seperti itu yang membolehkan pembunuhan besar-besaran suspek dadah,” kata Dela Rosa.

Tambahnya lagi, sekiranya Senat boleh membuktikan kewujudan dasar seperti itu, beliau akan meletak jawatan sebagai ketua PNP.

 

 

 

 

 

 

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial

Kongsikan ToodiaDotMy. Semua tentang belia ada di sini!Kami bukan sensasi tapi berinformasi.