#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Sertai Batik Fun Walk 2017


 

Jangan terkejut sekiranya anda melihat beribu-ribu orang berjalan di sekitar jalan raya di ibu kota dengan memakai batik pada 8 Oktober ini.

Sekitar 3,000 orang dijangka mengambil bahagian dalam Batik Fun Walk yang dianjurkan oleh Yayasan Budi Penyayang dan Balai Seni Negara dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan, di mana menteri Khairy Jamaluddin dijangka merasmikan acara tersebut.

Bagi acara berjalan kaki sejauh 3.8 km yang dimulakan di balai itu sendiri, para peserta akan diberi batik untuk dipakai. Walau bagaimanapun, sejak beberapa tahun yang lalu, banyak peserta memilih untuk membawa batik mereka sendiri.

batik fun walk 2014

Batik bukanlah sesuatu yang asing dan acara ini akan menunjukkan bahawa batik bukan hanya sesuai dijadikan pakaian formal tetapi masyarakat juga boleh menjadikannya pakaian harian. Batik diiktiraf oleh Unesco pada tahun 2009 sekaligus membuktikan betapa berharganya nilai batik.

Memetik laporan NST, Batik Fun Walk pertama kali diadakan pada tahun 2003 oleh Yayasan Budi Penyayang untuk mempromosikan seni ini serta untuk menjaga hubungan kekeluargaan sebagaimana batik yang diwarisi dari generasi ke generasi.

Ia juga untuk memupuk penghargaan terhadap batik dalam kalangan generasi muda sebagaimana seni ini yang memaparkan “elemen bersatu yang mencerminkan kepelbagaian kaum di Malaysia”.

Batik Fun Walk telah menarik peserta dari  pelbagai bangsa untuk bersatu. Setiap tahun, para peserta dijangka datang dan memberikan tafsiran kreatif mereka melalui pemakaian batik dan penciptaan terbaik akan diberi hadiah.

Acara ini diadakan di Balai Seni Negara untuk membolehkan para peserta terutamanya penduduk bandar untuk menghargai kerja-kerja seni batik yang dipamerkan di sana selain menggalakkan amalan gaya hidup sihat.

Aktiviti seperti cabutan bertuah, cabaran kecergasan, persembahan muzik dan kuiz akan diadakan untuk mereka yang tidak menyertai acara berjalan kaki.

Mereka yang mendaftar untuk acara itu dengan bayaran RM25 akan menerima beg dan sarung batik. Kanak-kanak di bawah 12 tahun boleh mengambil bahagian secara percuma tetapi mesti disertai oleh orang dewasa.

Untuk maklumat lanjut mengenai acara itu, orang ramai boleh menyemak laman Facebook Batik Fun Walk 2017 atau profil Instagramnya, @batikfunwalk.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial

Kongsikan ToodiaDotMy. Semua tentang belia ada di sini!Kami bukan sensasi tapi berinformasi.