#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Ribut Yang Semakin Kuat Disebabkan Oleh Pemanasan Global


 

Sebaik sahaja Ribut Harvey berakhir, penduduk Florida dikejutkan dengan berita Ribut Irma. Ribut Harvey merupakan taufan besar pertama di Amerika Syarikat sejak tahun 2005. Dalam tempoh 4 hari, Harvey berjaya menyebabkan banjir besar yang memaksa lebih daripada 30,000 orang dipindahkan, dan menyebabkan lebih daripada 17,000 penyelamatan.

The National Oceanic and Atmospheric Administration meramalkan bahawa musim taufan Atlantik pada tahun ini akan menjadi besar. Mereka berkata senario yang boleh jadi adalah lima hingga sembilan taufan biasa dan tiga hingga lima taufan besar, iaitu lebih banyak daripada purata jangka panjang.

Para saintis menunjukkan bahawa ribut akan menjadi semakin besar. Ini adalah kerana lautan dan atmosfera, secara purata, lebih panas daripada dulu. Dan haba adalah perkara yang menyebabkan ribut biasa menjadi lebih kuat.

Seperti Harvey, taufan berlaku disebabkan oleh perkara semula jadi, tetapi keadaan di lautan dan atmosfera telah mendorong kekuatannya.

Memetik NY Times, Dr. Kirtman dan Dr. Berry adalah antara sekumpulan saintis Florida yang berhadapan dengan Gabenor Rick Scott – gabenor semasa Florida – dalam beberapa tahun kebelakangan ini kerana keengganannya untuk mengakui bahawa gas rumah hijau buatan manusia memacu perubahan iklim.

Tahun lepas mereka menulis surat kepada calon presiden, Donald J. Trump untuk meminta satu mesyuarat untuk membincangkan akibat perubahan iklim di Florida. Mereka berkata kempen Trump tidak pernah menjawab.

Presiden Trump telah berkata perubahan iklim adalah satu tipuan.

“Apabila kami cuba memberi amaran kepada orang ramai mengenai risikonya..tiada siapa yang mahu dengar. Itulah sebabnya sekarang merupakan masa untuk membincangkannya,” kata Katharine Hayhoe, seorang saintis atmosfera di Texas Tech University.

Itulah sebabnya ramai saintis mengekalkan adalah penting untuk menggunakan kerosakan yang disebabkan oleh Ribut Harvey dan Ribut Irma sebagai contoh. Mereka perhatikan sekarang orang ramai akhirnya memberi perhatian.

 

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial

Kongsikan ToodiaDotMy. Semua tentang belia ada di sini!Kami bukan sensasi tapi berinformasi.