Hiburan

Jackie Chan Dedikasi Lagu Untuk Isterinya

Menjelang keluaran filem terbarunya The Foreigner, pada akhir September, peminat Jackie Chan dikejutkan dengan berita bahawa dia akan mengeluarkan single baru.

Ia akan menjadi keluaran muzik pertamanya dalam lebih daripada satu dekad.

Lagu Ai Qing Lao Le (Love Is Getting Old) didedikasikan kepada isterinya, Joan Lin Feng Jiao. Chan berada di Taiwan baru-baru ini untuk merakam video muzik untuk lagu itu. Dalam temu bual bersama China Times, Chan berkata bahawa lagu itu adalah hadiah untuk Lin kerana dedikasinya kepada keluarga.

“Dia mampu (bersabar dengan saya) untuk masa yang lama. Ketika saya masih muda, saya tidak menghiraukannya. Tetapi sekarang saya lebih tua, saya menyedari bagaimana berharganya rumah tangga,” kata pelakon berusia 63 tahun itu.

Lin adalah seorang pelakon popular di Taiwan pada tahun 1970-an dan 1980-an, yang membintangi beberapa filem romantis. Chan berkahwin dengan Lin pada tahun 1982 dan pasangan itu mempunyai anak lelaki, Jaycee.

Chan mengakui bahawa dia tidak pernah menjadi lelaki romantis – tidak pernah mengucapkan “I love you”, dan jarang memegang tangannya. Walaupun banyak kesilapannya dan baik buruk hubungan mereka, perkahwinan mereka kekal kerana Lin.

“Dia manis dan penuh perhatian, dan akan mengatur segala-galanya untuk saya. Ketika dia masak, dia akan pastikan ia makanan kegemaran saya. Dia memberi perhatian kepada semua butiran, walaupun butiran yang paling kecil. Saya tersentuh, “tambah Chan.

 

Tags
Show More

Related Articles