#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Pentingnya Insurans Perjalanan


 

Sekiranya anda ingin melancong ke luar negara atau di dalam negara, adalah amat penting anda mendaftar untuk insurans perjalanan.

Berikut adalah sebab-sebab penting mengapa anda perlu ada insurans perjalanan menurut Insure and Go:

  1. Mendapat bantuan di luar negara
  • Ramai pelancong mengalami masalah ketika bercuti di luar negara setiap tahun.
  • Sekiranya anda jatuh sakit atau mengalami kemalangan semasa berada di luar negara, insurans perjalanan boleh memastikan anda mendapat penjagaan yang terbaik dan anda boleh dipindahkan, sama ada untuk pulang ke rumah atau jika perlu ke sebuah pusat perubatan yang lebih baik.
  1. Insurans perjalanan melindungi anda daripada kos perubatan
  • Sekiranya anda memerlukan perhatian perubatan ketika sedang mengembara, anda boleh dikenakan seluruh kos rawatan jika anda tidak mempunyai insurans perjalanan.
  • Di kebanyakan negara, rawatan perubatan untuk pengunjung boleh menjadi sangat mahal; kos rawatan harian di Asia Tenggara biasanya melebihi RM 2707.37; kos pemindahan disebabkan perubatan dari Amerika Syarikat adalah diantara RM 253,815 hingga RM 312, 499.
  1. Insurans perjalanan boleh melindungi anda daripada gangguan ketika sedang mengembara
  • Diketahui ramai ketika sedang mengembara, kebanyakan kejadian dan perkara terjadi di luar kawalan kita. Antaranya penerbangan anda boleh ditunda ataupun anda mungkin perlu pulang ke rumah sekiranya terjadi perkara-perkara yang tidak diingini.
  • Tanpa insurans perjalanan, gangguan terhadap pengembaraan perjalanan anda boleh mengakibatkan kos yang tinggi. Dalam kebanyakan kes, anda akan kehilangan bayaran bagi tempahan yang anda telah buat sebelum perjalanan dan perlu membuat tempahan baru.
  • Kebanyakan pakej insurans perjalanan akan melindungi anda daripada kejadian yang berada di luar kawalan anda, supaya anda tidak perlu membelanjakan wang anda sendiri sekiranya berlaku apa-apa masalah.
  1. Anda boleh diberi pampasan bagi kerugian dan perbelanjaan anda
  • Sekiranya bagasi anda dicuri, hilang atau rosak di luar negara, anda mungkin terpaksa membelanjakan jumlah duit yang banyak daripada saku anda sendiri – dan jika anda tidak mempunyai insurans perjalanan, anda sendiri perlu menggantikan barangan anda.
  • Sekiranya anda mengambil program insurans yang tepat, anda akan diberi pampasan bagi kerugian dan perbelanjaan anda, yang bermaksud duit anda tidak akan terbang akibat kesalahan penerbangan atau hotel, atau kejadian kecurian.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial

Kongsikan ToodiaDotMy. Semua tentang belia ada di sini!Kami bukan sensasi tapi berinformasi.