#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Industri Gula Di Dunia Dan Malaysia


 

 Industri gula dunia

Menurut statista, kini penghasilan global gula melebihi 170 juta metrik tan setiap tahun. Brazil menguasai pasaran global dari segi penghasilan dan eksport pada tahun 2015/2016. Amerika Syarikat juga antara penghasil utama gula, menjana kira-kira 7.7 juta tan metrik pada 2015/2016.

Gula hampir diekstrak sepenuhnya dari dua tanaman – tebu dan bit gula.

Sebanyak 1.9 bilion metrik tan gula tebu dihasilkan di seluruh dunia pada tahun 2014, yang mana lebih daripada 737 juta tan metrik sahaja datang dari Brazil.

India, China, Thailand, dan Pakistan antara 5 negara pengeluar tebu terkemuka. Sebagai perbandingan, kira-kira 267 juta metrik tan bit gula dihasilkan di seluruh dunia pada tahun 2014, dengan Perancis dan Rusia penghasil jumlah bit gula terbesar.

Manakala pengimport gula utama pula, adalah China, Indonesia dan Amerika Syarikat.

Pengambilan gula

Selain ia boleh digunakan dalam masakan, gula tebu juga ada digunakan dalam penghasilan tenaga bio seperti ethanol.

Gula di Malaysia

Menurut Organisasi Makanan dan Tanaman PBB, industri gula di Malaysia kian berkembang akibat peningkatan penggunaan domestik (penggunaan di rumah) secara langsung serta industri pemprosesan makanan yang pesat berkembang.

Penghasilan gula

Menariknya, penanaman tebu di Malaysia adalah sangat kecil. Pengeluaran tertumpu di kawasan hujung barat laut semenanjung Malaysia iaitu di negeri Perlis dan Kedah. Kawasan ini mempunyai musim kering yang ketara yang diperlukan untuk penghasilan tebu yang kos efektif.

Pemandangan sekitar kilang gula

Hasil tebu telah meningkat dengan stabil buat masa beberapa tahun ini. Ia telah mengalami peningkatan daripada 40 tan sehektar pada tahun 1980 kepada 65 tan sehektar pada tahun 1990 dan mencapai 68 tan sehektar pada tahun 1996. Peningkatan hasil adalah kerana penanaman jenis tanaman tebu yang lebih baik dan serta penggunaan input yang lebih banyak.

Pemprosesan

Malaysia mempunyai empat pusat pemprosesan tebu, masing-masing di negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor. Dua  terletak di Gula Padang di Kedah, dan Perlis Plantations di Perlis, adalah kilang pemprosesan terintegrasi memproses tebu menjadi gula mentah dan halus, ia juga boleh menapis(menghaluskan) gula mentah import. Dua lagi kemudahan adalah kilang menapis gula yang mengendalikan gula tebu mentah import.

Pengambilan

Pengambilan gula domestik di Malaysia telah meningkat dengan pesat dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

Pada awal 90-an, purata pengambilan gula adalah kira-kira 800 000 tan setahun, berbanding dengan kira-kira 500 000 tan pada pertengahan 80-an.

Hal ini menunjukkan ketika era 80 an-90 an  pengambilan gula di Malaysia telah mengalami peningkatan sebanyak 57 peratus.

Peningkatan ini adalah disebabkan peningkatan populasi dan pendapatan, kerana 66 peratus daripada pengambilan gula di Malaysia berlaku di rumah.

Ekonomi negara yang kian meningkat juga telah menyebabkan pertumbuhan yang sangat kukuh dalam industri pemprosesan makanan.

Ais krim, coklat, susu pekat manis, dan minuman ringan adalah beberapa perkara yang memperbanyakkan permintaan terhadap gula.

Perdagangan

Malaysia lebih banyak mengimport daripada mengeksport gula. Ini kerana kini terdapat peningkatan permintaan untuk komoditi ini dan juga untuk mengimbangi penghasilan gula domestik yang perlahan.

Pembekal utama gula mentah ke Malaysia adalah Australia, Thailand dan Fiji yang meliputi 98 peratus daripada jumlah import.

Kebanyakan gula dihaslkan daripada tebu

Harga

Harga borong dan runcit untuk gula halus di Malaysia dikawal selia di bawah Akta Peraturan Bekalan 1974 dan kekal pada RM 2 222 (US $ 529.10 ) setan dan RM 2.95 sekilogram (AS 47 sen sekilogram).

Gula di masa hadapan

Pengambilan gula dijangka akan terus menunjukkan peningkatan di Malaysia disebabkan pertumbuhan penduduk dan pendapatan.

Pendapatan yang lebih tinggi juga boleh menyebabkan peningkatan dalam pengambilan makanan yang telah diproses yang mengandungi gula.

Malaysia dijangka akan meningkatkan kuantiti gula mentah import  untuk memenuhi keperluan domestik yang semakin meningkat.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial

Kongsikan ToodiaDotMy. Semua tentang belia ada di sini!Kami bukan sensasi tapi berinformasi.