Bisnes & Ekonomi

Kejayaan Hartawan Bumiputera, Syed Mokhtar Albukhary

Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary merupakan seorang ahli perniagaan dan usahawan Bumiputera yang terkaya di Malaysia.

Menurut Forbes beliau mempunyai harta bernilai AS$1.8 billion pada 2017 seterusnya menjadi orang ke-10 terkaya di Malaysia sekaligus menjadi satu-satunya wakil bumiputera yang berjaya mengungguli senarai 10 teratas.

Beliau dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 1951. Syed Mokhtar berasal dari keluarga yang sederhana dan beliau memulakan perniagaannya sebagai seorang pengusaha daging pada tahun 1970 selepas berhenti sekolah.

Tokoh korporat

Tan Sri yang juga merupakan pemilik Yayasan Al-Bukhary terlibat dalam perniagaan berasaskan perladangan, pembinaan, kejuruteraan, infrastruktur dan pelabuhan.

Pada tahun 80-an, Syed Mokhtar telah beralih ke bidang pengangkutan yang membawa tuah kepadanya sehingga menjadi seorang antara tokoh korporat bumiputera yang terkaya di Malaysia.

Karier perniagaannya mula dikenali pada awal 90-an di Johor semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Menteri Besar. Beliau juga amat meminati bidang pengurusan dan pembangunan pelabuhan.

Juga merupakan salah seorang individu yang bertanggungjawab menjadikan Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor menjadi terkenal di mata dunia dalam tempoh yang singkat.

Masjid Al-Bukhary di Kedah
Yayasan Al-Bukhary

Tidak lama kemudian, Syed Mokhtar telah mengasaskan Yayasan (Islam) Al-Bukhary yang telah membina dan menguruskan Muzium Kesenian Islam bernilai RM70 juta di Kuala Lumpur selain banyak menjalankan kerja-kerja amal dan kebajikan terutamanya sekitar Negeri Kedah dan Perak.

Syed Mokhtar juga merupakan pemilik kepada Syarikat Gulf International Investment Group Capital (GIIG) yang mempunyai kepentingan dalam Projek Hidro Elektrik Bakun.

Di samping itu, beliau mempunyai kepentingan dalam beberapa buah firma terkenal Malaysia seperti Malaysia Mining Corporation Berhad (MMC), PERNAS, Padiberas Nasional Berhad, Malakoff Berhad, Seaport Terminal Johor Sdn. Bhd., Johor Port Berhad, Impian Teladan Sdn. Bhd., Indra Cita Sdn. Bhd. dan banyak lagi.

Sumbangan sosial : Yayasan Al-Bukhary (institusi pengajian untuk 3,000 pelajar), Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tidak mampu untuk tunaikan haji.

 

Sumber: Majalahniaga.com

 

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close