AntarabangsaIsu Semasa

Demi Cinta, Puteri Jepun Ini Rela Hilang Status Diraja

Puteri Mako, cucu tertua Maharaja Jepun, Maharaja Akihito telah mengumumkan akan meninggalkan keluarga diraja untuk berkahwin dengan bekas rakan sekelasnya.

Di Jepun, golongan wanita tidak dibenarkan untuk mewarisi tahkta dan Puteri Mako akan kehilangan status dirajanya selepas berkahwin dengan kekasih hatinya, Kei Komuro yang merupakan orang biasa.

Puteri Mako dan Encik Komuro, kedua-duanya berusia 25 tahun, bertemu ketika belajar di Universiti Kristian Antarabangsa Tokyo, lapor JapanTimes.

Puteri Mako yang tertarik dengan senyuman manis yang dimiliki Komuro sanggup melepaskan status dirajanya untuk mengahwini jejaka yang telah melamarnya selepas makan malam pada bulan Disember 2013.

Encik Komuro telah diperkenalkan kepada ibu bapa Puteri Mako, Putera Akishino dan Puteri Kiko yang merupakan pewaris kedua takhta kerajaan Jepun.

Encik Komuro berkata beliau bersyukur dan gembira telah diterima oleh ibu bapanya, dan datuk neneknya, Maharaja Akihito dan Permaisuri Michiko.

puteri mako dan pasangan

Keluarga diraja Jepun menghadapi krisis pewaris takhta. Undang-undang semasa melarang ahli keluarga wanita dan anak-anak mereka dari naik ke takhta, yang bermaksud hanya anak lelaki sahaja boleh menjadi pengganti.

Tetapi daripada 19 orang dalam keluarga diraja Jepun, hanya lima orang lelaki termasuk Maharaja Akihito, 83, yang telah menyatakan hasrat untuk turun dari takhta dan dijangka melakukannya pada akhir 2018.

Maharaja Akihito akan digantikan oleh anak sulungnya, Putera Mahkota Naruhito dan seterusnya akan diwarisi oleh Akishino, adik lelaki Putera Naruhito.

Selepas itu, satu-satunya pewaris takhta yang tinggal dalam pemerintahan kerajaan Jepun ialah adik lelaki Puteri Mako. Ketiga-tiga cucu lain Maharaja Akihito adalah semua wanita.

Jumlah pewaris takhta lelaki yang semakin berkurang dalam kerabat diraja Jepun telah menyebabkan cadangan supaya kaum wanita dibenarkan untuk mewarisi takhta pemerintahan atau sekurang-kurangnya dikekalkan status diraja walaupun selepas mengahwini rakyat biasa supaya mereka dapat menjalankan tugas awam.

Puteri Mako dan Komuro lulus dari Universiti Kristian Antarabangsa dan mempunyai ijazah sarjana dari Universiti Leicester dan telah bekerja sebagai penyelidik di sebuah muzium.

Tunangnya pernah berkhidmat sebagai “Putera Laut” untuk mempromosikan pelancongan berhampiran Tokyo.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close