Tempatan

Teknologi Menimbulkan Pelbagai Masalah Ketegangan

Pengamal kesihatan tradisional China melihat peningkatan jumlah pesakit muda yang menghidap ketegangan leher dan masalah sendi adalah disebabkan penggunaan telefon bimbit yang tidak sihat.

The Star melaporkan 7 dalam 10 orang mengalami masalah leher pada zaman sekarang akibat penggunaan telefon pintar.

Setiausaha Agung Persatuan Pakar Perubatan Cina dan Akupunktur Malaysia, Dr Ng Po Min berkata ketegangan dan masalah sendi telah menjadi “penyakit moden” yang sebelum ini hanya dilihat pada pesakit berusia 50 tahun ke atas.

“Kami melihat lebih banyak pesakit berusia 40 tahun dan lebih muda.

“Kedua-duanya yang muda dan tua kini sentiasa menggunakan peranti mudah alih mereka, di mana leher mereka berada dalam kedudukan yang sama untuk tempoh yang lama dan akan menegangkan leher, bahu, belakang dan otot pinggang,”

Masalah yang sama telah dialami oleh kanak-kanak sekolah rendah yang membawa beg sekolah berat, dan mereka yang mempunyai postur duduk yang salah.

Mereka yang berada di hadapan skrin komputer untuk waktu yang lama, mengalami kecederaan pada pergelangan tangan yang disebabkan penggunaan komputer tetikus.

Antara cadangan yang diberi oleh Tom’s Guide untuk mengelakkan daripada masalah disebabkan penggunaan teknologi adalah;

  1. Ketegangan leher – Pastikan monitor anda berada di hadapan anda pada sudut 90 darjah apabila duduk dengan postur yang betul. Pastikan anda dapatkan alat untuk meletakkan tablet anda, dan letakkannya di atas meja dan bukannya memegangnya di pangkuan.
  2. Ketegangan mata – Setiap 10 minit, kelip mata anda 10 kali dan lihat sesuatu yang berada pada jarak jauh selama 10 saat. Elakkan cahaya di belakang anda, kerana ia akan menyebabkan silau monitor. Letakkan lampu ke satu sisi monitor dan di belakangnya untuk mengelakkan silau.
  3. Sakit berkaitan dengan kerusi – Berdiri atau berjalan setiap jam selama 5 hingga 10 minit pada satu masa. Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit juga mengesyorkan untuk berjalan kaki selama 15 minit atau lebih.

 

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button