Antarabangsa

Betul Ke Generasi Millenial Sanggup Membelanjakan Wang Ke Gim Mahal Daripada Membeli Rumah?

Di satu 140 m² studio di Los Angeles, terdapat penggemar kesihatan yang menyertai kelas tinju yang dikenakan bayaran sebanyak US$250 (RM1000) untuk 10 kelas.

Carla Zuniga, 35 tahun, kerap menyertai kelas tersebut. Dia berkata, “Saya rasa generasi saya sanggup untuk membalanjakan duit pada apa yang mencabarkan mereka dan membuatkan mereka lebih sihat.”

“Ia mahal untuk jaga kesihatan tetapi lebih mahal apabila kita sakit.”

Pilihan pemakanan seperti roti bakar avokado dan kopi artisan selalu dipersalahkan antara sebab generasi millenial tidak mampu membeli rumah.

Tetapi perbandingan itu kecil berbanding dengan berapa ramai yang sanggup sertai studio butik kesihatan di mana setiap sesi kelas basikal, boot camp atau yoga dikenakan caj sehingga US$30 (RM128).

“Untuk generasi muda, mereka tidak mengutamakan pembelian kereta dan rumah,” kata Greg Skloot, wakil presiden untuk pertumbuhan di Netpulse, sebuah syarikat San Francisco yang mencipta aplikasi mudah alih untuk kelab-kelab kesihatan.

“Mereka tidak mahu komitmen tahunan dan kontrak,” kata Skloot.

“Mereka mahu membuat pilihan kecergasan fizikal on demand, dan mereka sanggup membayarnya.”

Satu studio kesihatan ClassPass yang mendapat permulaan popular di media sosial berkata, generasi muda tidak ingin berlatih dengan treadmill yang ada pada satu gim, mereka mahukan kepelbagaian dan cabaran.

Dengan bilangan tempat yang terhad, setiap kelas diperlukan tempahan terlebih dahulu. Terdapat ramai yang tergesa-gesa untuk sertai kelas yang paling hangat.

Peraturan boleh menjadi ketat di mana terdapat senarai orang yang menunggu untuk sertai satu kelas. Apabila seseorang tidak muncul untuk kelas, mereka  akan dikenakan bayaran yang tinggi.

Sebagai contoh, di Prevail Boxing, pembatalan dengan notis kurang daripada lapan jam boleh dikenakan caj US$10 (RM42) di tambah lagi dengan harga kelas.

Jika mereka gagal hadir, mereka dikenakan caj sebanyak AS$ 20 (RM85). Jika mereka tidak datang lima minit lebih awal mereka juga boleh kehilangan tempat dalam kelas kepada orang lain.

Minat orang sangat mendalam sehingga ada yang mendaftar seawal dua minggu lebih awal untuk tempat yang didambakan dengan jurulatih yang dicari.

Sesetengah jurulatih dan pemilik studio kesihatan telah menjadi selebriti, dengan rancangan TV realiti dan ratusan ribu pengikut di Instagram.

Pemilik studio ClassPass, Bert Culha, berkata “kami faham bahawa ini memerlukan banyak wang bagi orang ramai, tetapi tempat ini menjadi sebahagian daripada aktiviti sosial mereka kerana banyak ahli kami yang selalunya keluar malam untuk berhibur sebaliknya datang ke gim untuk menjaga badan mereka.”

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close