Sukan

Final Kejohanan Go-Kart Rotax Asia Max Challenge Di Sepang

Final Kejohanan Go-Kart Rotax Asia Max Challenge akan menyaksikan enam juara bakal dinobatkan pada 7 dan 8 Oktober ini.

Enam kejuaraan daripada tujuh kategori yang bakal diadakan ialah

  1. 124 Micromax A dan B
  2. 125 Junior Max
  3. 125 Senior Max
  4. DD2 Senior
  5. DD2 Masters
  6. DD2 Veterans

Menurut TheStar, sebanyak 50 pelumba dari rantau Asia bakal beraksi pada kali ini antaranya ialah dari negara Jepun, Taiwan, Filipina, Indonesia, Thailand, Singapura dan Malaysia.

Pelumba Malaysia diwakili oleh Adam Mikail (Micromax A) dan Alan Saw (DD2 Masters). Pada pusingan kelayakan kedua-dua pelumba ini berhasil menempah tempat di pusingan akhir walaupun berada di belakang Aditya Wibowo dari Indonesia dengan hanya selisih 5 mata manakala untuk kategori DD2 Masters, Alan berada di belakang Riki Tanioka dari Jepun dengan 6 mata.

Selain mereka berdua, Ong Chee Mang (DD2 Masters) , Mohammad Nor Ariff (DD2 Senior), Alister Yoong (125 Senior Max), Oscar Ng (125 Junior Max) bakal bertaruh untuk menjuari kejohanan ini dalam kategori masing-masing.

Kemenangan dalam perlumbaan kali ini akan mendapat tiket untuk mengikuti Kejuaraan Grand Final di Portimao, Portugal.

Beberapa pelumba yang dijangka bakal menyerlah ialah:

  1. Muhammad Ibrahim (125 Junior Max) – Indonesia
  2. Akhmad Gunadi (Senior Max) – Indonesia
  3. Prassetyo Hardja (DD2 Senior) – Indonesia
  4. Riki Tanioka (DD2 Masters) – Jepun

Kejohanan enjin Rotax ini telah diadakan sejak tahun 1999 dan dianjurkan di pelbagai negara seluruh dunia. Ia memperlihatkan pencapaian beberapa pelumba negara terdahulu seperti Afiq Ikhwan Yazid dan Jazeman Jaafar.

Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker