AntarabangsaIsu SemasaPolitik

Aung San Suu Kyi Bukan Lagi Pejuang Demokrasi

Penasihat Negara Myanmar, Aung San Suu Kyi tidak boleh dianggap sebagai pejuang demokrasi dan hak asasi manusia kerana kekejaman tentera Myanmar terhadap etnik minoriti Islam Rohingya masih berlarutan.

Lebih mengecewakan lagi, kerajaan Myanmar yang sepatutnya bertanggungjawab atas perkara ini dilihat enggan mengambil sebarang tindakan untuk memperbaiki keadaan walaupun telah mendapat tekanan dan gesaan daripada komuniti antarabangsa termasuk pertubuhan ASEAN sendiri.

Malah, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga tidak menafikan kemungkinan bahawa kekejaman ini adalah satu tindakan untuk melaksanakan penghapusan atau pembersihan etnik tersebut.

Tetapi setelah menerima pelbagai kritikan dan tekanan, mereka boleh pula berkata bahawa negara-negara lain (khususnya di rantau Asia Tenggara) supaya tidak masuk campur dalam urusan dalaman mereka.

MALAYSIA BERMURAH HATI

Malaysia merupakan sebuah negara berdaulat yang amat terkenal dengan diplomasi dalam menjaga hubungan baik bersama negara-negara luar dan juga sifat murah hati dalam menghulurkan bantuan dalam isu krisis kemanusiaan.

Memetik laporan Malaysian Access, negara kita adalah salah sebuah negara yang memberi perlindungan kepada hampir puluhan ribu warga etnik berkenaan.

Selain itu, Malaysia juga telah memberikan pelbagai bantuan dalam krisis Bosnia Herzegovina pada sekitar tahun 1992.

Insiden tersebut berjaya diselesaikan dengan adanya kerjasama dan baik daripada pelbagai pihak dan sebahagian pelarian pada ketika itu boleh pulang semula ke tempat asal mereka.

Namun, keadaan berbeza dalam krisis Rohingya kerana Myanmar sebagai negara yang sepatutnya bertanggungjawab masih berdolak dalih dan tidak memainkan peranan mereka dengan baik.

Malah, Malaysia telah mengambil pelbagai inisiatif diplomatik termasuk memanggil Duta Myanmar ke Malaysia untuk memberikan penjelasan mengenai perkara ini, namun segala usaha ibarat ‘mencurah air ke daun keladi’.

AUNG SAN SUU KYI HANYA “BERDIAM DIRI”

Krisis ini pasti dapat diselesaikan dengan segera jika pihak-pihak utama memberikan kerjasama yang baik.

Amat menyedihkan untuk melihat apabila Aung San Suu Kyi hanya berdiam diri dan tidak mengambil sebarang tindakan memperbaiki keadaan.

Ironiknya, Suu Kyi merupakan individu yang dihormati dan dijulang sebagai pejuang demokrasi dan hak asasi manusia, di mana beliau turut dikurniakan Anugerah Nobel Keamanan atas segala perjuangannya.

Tetapi mengapa hanya berdiam diri apabila timbul isu Rohingya? Malah, beliau juga dilihat seperti hanya merelakan

Sewaktu Myanmar berada di bawah pemerintahan tentera sebelum ini, Suu Kyi menghadapi tidak mempunyai kuasa dalam pentadbiran negara dan beliau juga pernah menjadi banduan politik.

Namun, keadaan amat berbeza sekarang kerana demokrasi telah mula diamalkan di Myanmar dan Suu Kyi kini mempunyai kuasa dan pengaruh dalam pentadbiran negara.

GESAAN MENARIK ANUGERAH GLOBAL KEAMANAN

Baru-baru ini, Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Islam (Isesco) telah menggesa Jawatankuasa Nobel Norway untuk menarik balik Anugerah Nobel Keamanan yang dikurniakan kepada Suu Kyi pada tahun 1991 itu dengan segera.

Memetik laporan agensi berita China, Xinhua, Isesco menyatakan bahawa pemimpin Myanmar itu sudah kehilangan hak untuk memegang anugerah tersebut di kekejaman yang dilakukan oleh negara dan kepemimpinannya terhadap etnik Rohingya.

“Tindakan bersifat keji Myanmar bertentangan dengan iti pati Anugerah Nobel Keamanan,” ujar kenyataan itu lagi.

Dalam pada itu, Isesco turut menggesa campur tangan segera masyarakat antarabangsa untuk menghentikan kekejaman dan pelanggaran hak asasi manusia di Myanmar.

 

 

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close