Hiburan

Penuhi Hujung Minggu Anda Dengan Budaya Jepun, Pelancongan Dan Komuniti Papan Luncur

Publika Sama-Sama Bon Odori

Tempat: Publika
Tarikh: September 10 2017
Masa: 5 PM – 9:30 PM
Yuran Kemasukan: PERCUMA

Publika akan menganjurkan ‘Sama-Sama Bon Odori’ bersempena Sambutan Diplomatik 60 Tahun Malaysia dan Jepun. ‘Sama-Sama Bon Odori’ akan diadakan di The Square, Publika, dan akan menyaksikan sambutan penuh kemeriahan antara kedua-dua negara yang datang bersama-sama untuk berhibur dengan pelbagai aktiviti yang telah dirancang seperti, perarakan dan diikuti dengan persembahan kebudayaan, seni, gerai makanan, dan akan diakhiri dengan persembahan bunga api.

[eltdf_separator class_name=”” type=”full-width” position=”center” color=”Black” border_style=”solid” width=”” thickness=”1″ top_margin=”” bottom_margin=””]

MATTA FAIR KL 2017

Tempat: Putra World Trade Centre, Kuala Lumpur
Tarikh: September 8 – September 10 2017
Masa: 10 AM to 9 PM
Yuran Kemasukan:  RM4 seorang / PERCUMA untuk kanak-kanak bawah 12 tahun 

MATTA Fair kembali lagi dengan tawaran dan tarikan yang lebih hebat! Pasaran pelancongan yang terbesar di Malaysia, iaitu Matta Fair akan berlangsung dari 8-10 September di Putra World Trade Center di Kuala Lumpur. Lebih 1000 tapak akan mempamerkan pelancongan dan percutian yang terbaik di Malaysia dan di seluruh dunia. Tempah percutian akhir tahun anda dengan tawaran pakej dari pelbagai agen pelancongan!

[eltdf_separator class_name=”” type=”full-width” position=”center” color=”Black” border_style=”solid” width=”” thickness=”1″ top_margin=”” bottom_margin=””]

House Of Vans Kuala Lumpur

Tempat: APW Bangsar
Tarikh: September 9 2017
Masa: 1 PM – 10:30 PM
Yuran Kemasukan: FREE

Vans akan menganjurkan House of Vans Kuala Lumpur di APW Bangsar. Acara ini akan diraikan dengan persembahan langsung, khas dari Hujan, Dirgahayu dan Zamaera. Pemain papan luncur tempatan akan mengambil bahagian dalam Pertandingan Skateboarding Vans Stoop Series, yang pasti akan meningkatkan tahap permainan di kalangan pemain papan luncur di Malaysia.

Dua bengkel seni juga dijadualkan dalam acara tersebut. Ini termasuk bengkel sulaman oleh Anni Tai dan bengkel cetak sutera oleh Dirty Donuts. Bagi semua pencinta waffle Vans, terdapat juga pameran sejarah Authentic yang dikendalikan oleh Juergen dari SkateboardMuseum, Berlin.

[eltdf_separator class_name=”” type=”full-width” position=”center” color=”Black” border_style=”solid” width=”” thickness=”1″ top_margin=”” bottom_margin=””]

Japanese Language Class by A To Z Language Center

Tempat: Isetan The Japan Store KL, LOT 10
Tarikh: September 10 2017
Masa: 1 PM – 4 PM / (a) 1:00pm – 2:30pm  (b) 4:00pm – 5:30pm
Yuran Kemasukan: RM 50 setiap sesi

Adakah anda berminat dengan budaya Jepun atau Anime? Isetan The Japan Store akan menganjurkan kelas Bahasa Jepun pada RM50 untuk sesi satu jam setengah. Kelas ini sesuai jika anda berminat untuk mengenali budaya Jepun dengan lebih mendalam, atau jika anda berfikir untuk melancong ke Jepun tidak lama lagi.

 [eltdf_separator class_name=”” type=”full-width” position=”center” color=”Black” border_style=”solid” width=”” thickness=”1″ top_margin=”” bottom_margin=””]

Yiruma Live in Kuala Lumpur

Tempat: Plenary Hall KLCC
Tarikh: September 10 2017
Masa: 7 PM – 9 PM
Yuran Kemasukan: RM 292.00 ke atas

Yiruma, komposer-pianis terkenal di dunia akan kembali di Kuala Lumpur untuk membuat persembahan bagi rakyat Malaysia. Dengan tiket yang banyak habis dijual di seluruh Asia, Eropah dan Amerika Utara, pianis terkenal ini akan membuat persembahan secara langsung pada September 10th, 2017 di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre.

Jangan ketinggalan untuk mengalami persembahan dari komposer-pianis yang terkenal di dunia, Yiruma, di Kuala Lumpur yang dibawa oleh Creon Asia & Kwave.

[eltdf_separator class_name=”” type=”full-width” position=”center” color=”Black” border_style=”solid” width=”” thickness=”1″ top_margin=”” bottom_margin=””]

 

Show More

Related Articles

Back to top button