Isu SemasaSukanTempatan

Apakah Nasib Pasangan Regu Badminton Negara?

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) nampak gayanya sangat kecewa dengan pasangan beregu negara Goh V Shem dan Tan Wee Kiong apabila mereka tidak dapat memperoleh sebarang kejayaan pada musim ini.

Presiden BAM, Datuk Seri Norza Zakaria

Pasangan beregu no.7 dunia ini tidak berjaya menonjol sama sekali pada kejohanan dunia bulan lalu telah mengecewakan BAM terutamanya Presiden BAM, Datuk Seri Norza Zakaria.

Beliau telah beberapa kali melahirkan kekecewaan terhadap pasangan beregu ini sejak kekalahan pasangan ini yang menyebabkan ranking mereka merudum.

Sebelum kejohanan dunia 2017, pasangan ini telah mengejutkan dunia badminton apabila pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu dimalukan di halaman sendiri oleh pasangan bukan pilihan dari Hong Kong, Tang Chun Man-Or Chin Chung 17-21, 21-23 seawal pusingan pertama Kejohanan Terbuka Malaysia di Kuching, Sarawak pada bulan April yang lalu.

Akibat kekalahan tersebut, mereka sudah pun diberi amaran oleh Presiden BAM untuk memastikan kedudukan mereka terus kekal sekurang-kurangnya dalam kelompok lima dunia.

Namun kegagalan mereka yang menyebabkan pasangan tersebut tersingkir dalam pusingan kedua Kejohanan Dunia bulan lalu menjadi bukti terakhir terhadap kemerosotan prestasi pasangan beregu itu.

Menurut stadiumAstro, hayat Goh V Shem dan Tan Wee Kiong sebagai gandingan kekal untuk tempoh sekurang-kurangnya sehingga seminggu dan mereka mungkin berdepan dengan perpisahan setelah mesyuarat BAM diadakan semalam.

“Saya tidak mahu menerima sebarang alasan terhadap kekalahan tersebut. Saya mahu Morten (Pengarah Teknikal BAM) berbincang dengan jurulatih (Cheah) Soon Kit dah Jeremy (Gan) untuk buat keputusan sama ada mereka bakal dipisahkan atau tidak dalam mesyuarat bimbingan dan latihan yang akan dilangsungkan minggu depan,” kata Datuk Seri Norza.

Pengarah Teknikal BAM, Morten Frost bersama jurulatih beregu, Cheah Soon Kit

Memetik TheStar, Morten Frost berkata mereka akan mencari keputusan terbaik untuk V Shem dan Wee Kiong.

“Jika kami memisahkan mereka, ianya kerana kita rasakan mereka sudah tidak dapat lagi memenuhi harapan kami serta standard mereka sendiri.

“Walau bagaimanapun, jika mereka bersetuju untuk maju bersama dan memberi komitmen sepenuhnya, mereka mungkin masih boleh main dengan baik.

“Keputusan sebegini tidak boleh diambil mudah. Kita perlu membuat keputusan yang bernas dan terbaik untuk BAM.”

Sementara itu, V Shem dan Wee Kiong masih dijadualkan untuk bertanding dalam Terbuka Korea pada 12-17 September dan Terbuka Jepun pada 19-24 September ini.

Pencapaian V Shem-Wee Kiong musim ini:

1. Suku Akhir Piala Sudirman
2. Suku Akhir Terbuka India
3. Suku Akhir Terbuka Singapura
4. Suku Akhir Seluruh England

5. Pusingan Kedua Kejohanan Dunia
6. Pusingan Kedua Kejohanan Asia

7. Pusingan Pertama Terbuka Malaysia
8. Pusingan Pertama Terbuka Australia

 

 

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close