AntarabangsaIsu Semasa

Hubungan Keluarga ‘Platform’ Militan Masuk Ke Malaysia

Hubungan kekeluargaan kini menjadi ‘platform’ untuk membawa anggota militan dan penjenayah bagi mencari perlindungan di Malaysia, khususnya di negeri Sabah.

Menurut sumber risikan yang telah mengikuti rapat perkembangan isu militan, anggota militan yang kini menjadi ‘pelarian’ melarikan diri ke Sabah untuk berlindung daripada pihak berkuasa Filipina dan juga kumpulan pesaing yang ingin membalas dendam terhadap mereka.

Memetik laporan The Star, golongan tersebut dilaporkan mempunyai hubungan dengan keluarga Bajau dari selatan Filipina dan keturunan Suluk yang telah lama menetap di sana.

Dalam pada itu, kebanyakan pelarian dan pendatang asing warga Filipina yang telah menjadi rakyat Malaysia, kemudian pergi ke Semenanjung untuk mencari pekerjaan.

Sejak satu dekad lalu, kebanyakan kumpulan migran ini juga dikatakan telah berhijrah ke Johor, Selangor, dan Kuala Lumpur untuk mencari prospek pekerjaan yang lebih baik.

Walau bagaimanapun, tiada kepastian sama ada keluarga mereka di sini sedar atau tidak mengenai latar belakang anggota militan dan penjenayah berkenaan, namun keluarga tetap membantu mereka untuk mendapatkan pekerjaan sebagai buruh di sektor-sektor seperti pembinaan dan perladangan.

Sumber risikan berkata, tanpa risikan yang bagus, pelarian jenayah ini tidak akan dapat dikesan di Sabah, dan mereka juga tidak terlibat dalam kegiatan-kegiatan yang boleh menimbulkan sebarang syak wasangka atau kekecohan.

Sementara itu, pihak polis telah berjaya menahan 8 orang suspek (2 warga Malaysia dan 6 Filipina) kumpulan militan Abu Sayyaf  di Cheras pada 30 Ogos minggu lepas, yang merupakan malam Hari Kebangsaan.

Dalam operasi tersebut, antara suspek yang berjaya ditahan termasuk salah seorang ketua Abu Sayyaf, bernama Hajar Abdul Mubin yang turut dikenali sebagai Abu Asrie.

Hajar, 25, dipercayai adalah anggota kumpulan penculik untuk wang tebusan bergelar Lucky 9, yang mempunyai kaitan dengan kumpulan Abu Sayyaf di perhutanan Jolo dan pulau Basilan di selatan Filipina.

Suspek-suspek rakyat Malaysia yang ditahan pula dipercayai berasal dari Sandakan dan kini sedang bekerja di Kuala Lumpur.

Segelintir daripada mereka bekerja sebagai pengawal keselamatan, anggota Pertahanan Awam dan juga Rela, menurut sumber risikan.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close