AntarabangsaIsu SemasaPolitik

Brexit Satu Keputusan “Bodoh”

Martin Selmayr, seorang peguam dan Ketua Turus kepada Presiden Suruhanjaya Eropah, Jean-Claude Juncker, menegaskan bahawa Brexit adalah satu “keputusan bodoh”, dan ia masih boleh diubah oleh rakyat Britain.

Beliau berkata, ia masih sah di sisi undang-undang jika UK menarik semula keputusan mereka untuk meninggalkan blok Kesatuan Eropah (EU).

Walau bagaimanapun, Selmayr meramalkan bahawa Britain akan kekal tegas dengan ‘pendirian’ mereka untuk bercerai dengan EU.

“Golongan yang boleh menarik baliknya (Brexit) adalah rakyat Britain dan saya bukan seorang pemimpi, saya adalah seorang realis. Brexit akan berlaku pada 29 Mac 2019,” katanya.

Dalam pada itu, bekas pemimpin Ukip, Nigel Farage menyifatkan kenyataan peguam Suruhanjaya Eropah itu sebagai ‘keras kepala’ selain daripada menunjukkan “keinginan untuk tidak bekerjasama dalam setiap langkah” dalam proses penceraian itu.

Memetik laporan Independent UK, perbalahan di antara perunding Britain dan Eropah menjadi semakin ‘hangat’ sejak kebelakangan ini.

Ketua Perunding Brexit EU, Michel Barnier pula menyatakan bahawa beliau ingin “mengajar rakyat” di UK mengenai akibat meninggalkan kesatuan itu.

Sementara itu, golongan pakar di bank pelaburan Amerika Syarikat, Morgan Stanley, berpandangan bahawa terdapat kemungkinan kecil bahawa Brexit tidak akan berlaku.

Dalam sebuah laporan yang diterbitkan pada minggu ini, pakar ekonomi dan ahli strategi di bank tersebut berkata, kemungkinan untuk melakukan ‘U-Turn’ sepenuhnya adalah dalam sekitar 10%, kerana tinjauan pendapat mendapati bahawa rakyat Britain masih mahukan Brexit untuk dilaksanakan.

3 SENARIO YANG BOLEH MENYEBABKAN BREXIT DITARIK BALIK

1. Berdasarkan laporan berkenaan, terdapat kemungkinan kerajaan UK tidak mampu menguatkuasakan atau membuat perundingan untuk melaksanakan Brexit sepenuhnya (hard Brexit), dan ini akan menyebabkan kerajaan terpaksa mengambil pendekatan yang lebih perlahan dan lembut.

2. Proses yang lebih perlahan akan memakan masa yang lama sekali gus akan mendatangkan kerugian besar kepada Britain, dan ini akan mengubah keputusan rakyat daripada menyokong kepada membantah.

3. Kebanyakan ahli politik Britain adalah pro-Eropah, dan mereka boleh mengambil tindakan untuk menghalang Brexit selepas pendapat umum telah berubah.

4 SEBAB BREXIT AKAN TETAP BERLAKU

Walau bagaimanapun, laporan tersebut tidak menafikan bahawa kemungkinan untuk Brexit dilaksanakan adalah lebih ‘cerah’ kerana 4 faktor.

1. Pendapat umum tidak berubah

2. Objektif dan pendirian tegas kerajaan untuk bercerai dengan EU masih kekal

3. Parti-parti politik utama masih komited untuk melaksanakan Brexit

4. Perkara 50 daripada Perjanjian Lisbon EU telah diaktifkan, dan ini bermakna UK, secara automatiknya, perlu keluar daripada EU pada bulan Mac 2019 nanti.

 

 

 

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close