Isu SemasaTempatan

Taman Tugu – Warisan Hijau di Tengah Bandaraya KL

Untuk memastikan warisan negara dipelihara, sebanyak 800 batang pokok termasuk 150 pokok besar berusia lebih 100 tahun akan menjalani pemulihan di sebuah taman yang terletak di belakang Tugu Negara yang lebih dikenali sebagai Taman Tugu.

Menurut NST, projek yang dianggarkan bernilai kira-kira RM650 juta itu akan menyaksikan tambahan 4,000 batang pokok hutan hujan etnik Malaysia meliputi 1,000 spesies flora dan fauna ditempatkan di taman itu.

ilustrasi projek taman tugu

Selepas pelancaran fasa pertama projek River of Life dan projek Blue Pool, projek Taman Tugu akan menjadi taman hutan hujan bandar yang pertama di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur.

Taman hutan hujan seluas 26.7 hektar (66 ekar) itu akan dikendalikan oleh badan amanah awam bernama Amanah Warisan Negara.

Taman ini akan mempunyai kemudahan rekreasi termasuk taman permainan, taman air, tapak perkhemahan, trek jogging, ruang acara, laluan kanopi, lorong berbasikal, dek pemerhatian dan laluan pejalan kaki yang dihubungkan dengan Perdana Botanical Gardens dan KL Sentral.

Kerajaan telah mengenal pasti tanah seluas 25 ekar berhampiran Tugu Negara untuk menjadi sebahagian daripada projek pemuliharaan warisan yang diwartakan sebagai ruang hijau awam.

Projek yang bermula pada Oktober tahun lepas dijangka siap pada pertengahan 2018. Projek Taman Tugu adalah usaha bersama antara Khazanah Nasional Bhd dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur beserta beberapa lagi agensi lain.

Pada masa yang sama, Perdana Menteri mengumumkan pertandingan reka bentuk gazebo dan bangku untuk ditempatkan di Taman Tugu. Pertandingan ini dianjurkan dengan kerjasama Institut Landskap Arkitek Malaysia dan akan dibuka kepada semua rakyat Malaysia.

Setelah selesai, taman ini akan menyediakan ruang hijau tambahan yang boleh diakses secara umum untuk komuniti di kawasan Taman Tugu dan sekitarnya. Selain kemudahan rekreasi, taman ini juga akan menempatkan kedai makanan dan minuman serta pusat pendidikan hutan hujan.

Projek ini akan menjadikan Taman Tugu setanding dengan Hyde Park di London dan taman-taman hijau terkemuka lain di bandar-bandar utama dunia seperti Central Park di New York dan orang ramai tidak lagi perlu pergi ke tempat yang jauh untuk menghargai keindahan alam semulajadi.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker