AntarabangsaIsu Semasa

Disyaki Pengganas, Polis UK Tahan Anggota Neo-Nazi

Empat anggota kumpulan neo-Nazi yang diharamkan oleh kerajaan United Kingdom (UK) bernama National Action telah ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan berkaitan keganasan.

Suspek-suspek yang berasal dari Midlands, Suffolk dan Wales itu ditahan oleh pasukan polis counter-terrorism dalam beberapa siri serbuan, di mana rumah mereka turut digeledah.

Memetik laporan Independent UK, kesemua suspek tersebut berusia dalam lingkungan 22 hingga 32 tahun.

Jurucakap Polis West Midlands berkata, mereka ditahan kerana disyaki terlibat dalam komisen, persediaan dan hasutan yang berkaitan kegiatan keganasan seperti yang tertakluk di bawah Sekyen 41 Akta Keganasan 2000.

Mereka dilaporkan ditahan dalam sebuah operasi bersama yang dilancarkan oleh unit pakar counter-terrorism di East Midlands, West Midlands dan Wales.

“Semua empat lelaki kini ditahan di sebuah balai polis di West Midlands…..Penangkapan tersebut telah dirancang awal dan didorong oleh hasil risikan ,” kata seorang jurucakap polis.

Walau bagaimanapun, tiada sebarang ancaman yang ditimbulkan terhadap keselamatan orang awam.

Di UK, Seksyen 41 memberi kuasa kepada polis untuk menahan sesiapa sahaja yang disyaki menjadi anggota pengganas, tanpa memerlukan sebarang waran tangkap.

Pasukan Polis West Midlands tidak memberi maklumat lanjut mengenai kegiatan yang dilakukan oleh empat orang anggota neo-Nazi itu, tetapi “komisen, persediaan dan hasutan” di bawah Akta tersebut merangkumi pelbagai kesalahan termasuk merancang serangan secara langsung, menyertai kumpulan haram atau melaksanakan niat itu.

Difahamkan, National Action menjadi kumpulan berhaluan kanan ekstrem yang pertama diharamkan di UK pada Disember tahun lepas, tetapi hasil siasatan mendapati bahawa anggota mereka masih bertemu secara rahsia.

Dalam sebuah dokumen yang merangkumi senarai kumpulan pengganas yang diharamkan oleh kerajaan, kumpulan tersebut disifatkan sebagai “kumpulan neo-Nazi yang rasis”.

National Action dilaporkan telah tertubuh pada tahun 2013 dan mempunyai beberapa cawangan di UK.

Mereka juga telah mengadakan beberapa tunjuk perasaan dengan niat melakukan provokasi yang bertujuan untuk menakut-nakutkan masyarakat tempatan.

“Kegiatan dan bahan propaganda mereka bertujuan untuk merekrut golongan muda.

“Kumpulan itu bersifat rasis, anti-Semitik, dan homophobic,” menurut dokumen itu.

Dokumen itu berkata, mereka juga mempunyai ideologi tidak masuk akal, di mana mereka ingin melihat ‘perang bangsa’ berlaku di Britain.

 

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker