Hiburan

DC Comics Terokai Sisi Antagonis Batman

DC Comics akan mengeluarkan watak Batman versi yang paling menakutkan dan menggerunkan. Memperkenalkan Batman bersisi jahat, Batman Who Laughs.

Bayangkan jika Joker dan Batman sebenarnya orang yang sama. Bayangkan seorang pembunuh bersiri yang psikotik dan memiliki kekayaan seperti Bruce Wayne, dibiarkan bebas dan mengganggu Gotham City.

Bayangkan lelaki itu memakai kostum yang kelihatan seperti Batman dan raja penyihir Angmar dari filem The Lord of The Ring, dengan senyuman yang mengerikan di wajahnya.

Itulah gambaran Batman Who Laughs yang bakal mengganggu anda. Batman versi mimpi buruk ini adalah sebahagian daripada acara Metal yang sedang berlangsung yang mana memperlihatkan DC Universe diancam oleh alam kegelapan dikenali sebagai Dark Nights: Metal.

Bayangkan segala-gala yang anda ketahui tentang 52 bumi DC, semuanya diterbalikkan dan diubah menjadi sesuatu yang mengerikan dan gelap. Itulah idea di sebalik alam kegelapan DC, menurut TheStar.

Batman Who Laughs sebenarnya adalah salah satu daripada tujuh kejahatan dari alam kegelapan, di mana jiwa Bruce Wayne bersatu dengan karakter-karakter lain.

Antara watak yang digabungkan ialah The Red Death iaitu Batman dengan kelajuan The Flash, The Devastator iaitu Batman versi The Doomsday, The Dawnbreaker iaitu Batman jahat versi Green Lantern, The Murder

Machine iaitu hibrid Cyborg-Batman dan The Merciless yang menampilkan Batman dalam versi Wonder Woman.

Bermula bulan depan, watak-watak ini akan dikeluarkan dalam komik ringkas dan mereka akan memainkan peranan penting dalam DC Universe sepanjang acara Metal itu berlangsung.

The Dark Multiverse adalah kawasan kosmologi DC yang belum diterokai dengan sepenuhnya, tetapi sesuai dengan kosmologi yang telah dicipta oleh semua penulis dan pelukis sebelumnya.

Siri ini mendalam dan gila dan ia pasti mengingatkan anda tentang semua perkara yang anda sayangi tentang watak-watak yang terlibat, mengapa mereka menjadi aspirasi, dan juga memperkenalkan anda kepada konsep baru, wilayah baru dan watak baru.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button