FesyenGaya Hidup

Apa Yang Perlu Ada Dalam Dompet Lelaki?

Kebanyakan lelaki membawa dompet yang terlalu tebal seperti dompet mereka tidak dikemas kini dalam masa beberapa tahun. Perkara ini perlu dielakkan atas beberapa sebab ini:

1. Dompet yang tebal akan menghasilkan bonjolan di poket seluar dan ia kelihatan seperti sejenis tumor sekaligus mencacatkan gaya anda.

2. Dompet tebal yang diletakkan dalam poket baju pula akan membuatkan anda kelihatan senget. Bahu anda akan kelihatan tidak sekata dan sedikit membongkok.

3. Menggunakan dompet yang tebal pada setiap masa akhirnya akan menghasilkan lipatan mengikut bentuk dompet dalam apa sahaja poket yang anda gunakan. Pakaian anda pastinya akan cepat rosak.

4. Jika isi dompet benar-benar berlebihan, anda kelihatan buruk apabila mengeluarkannya. Sudah pasti kad, resit atau syiling yang disimpan akan terkeluar dari dompet ketika anda menggunakannya.

Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, berikut adalah barang-barang cadangan yang perlu anda letak dalam dompet yang boleh dicontohi:

1. Tunai – walaupun kebanyakan urusan jual beli boleh dilakukan melalui kad kredit atau secara atas talian, wang tunai masih perlu dibawa. Ia penting untuk digunakan dalam waktu yang singkat seperti membayar tambang pengangkutan awam.

2. Kad Pengenalan – bawa kad pengenalan yang penting seperti kad lesen memandu, kad pengenalan diri, kad keselamatan atau kad pelajar. Tinggalkan semua kad yang tidak penting seperti kad keahlian kelab atau kad diskaun.

3. Kad Kredit – Dua jenis kad kredit adalah jumlah maksimum yang perlu ada dalam dompet anda. Kad debit dan kad kredit adalah kombinasi yang bagus, selebihnya lebih elok jika disimpan di rumah.

4. Kad Perniagaan – Tidak mengapa jika anda memiliki perniagaan atau tidak. Sertakan kad ini dalam dompet anda untuk memudahkan perkenalan dengan orang baru. Pastikan kad ini berbentuk ringkas dengan butiran peribadi seperti nama, nombor telefon dan alamat e-mel anda.

5. Kad Diskaun yang Kerap Diguna – Bawa satu atau dua sahaja kad yang paling kerap anda gunakan sepanjang masa dan biarkan yang lain di rumah. Jika anda hanya pergi ke pusat membeli-belah sekali atau dua kali sebulan, anda mungkin tidak perlu membawanya.

 

Sumber: RealMenRealStyle

Show More

Related Articles

Back to top button