Bisnes & Ekonomi

13 Fakta Menarik Tentang Koko Dan Coklat

Jenama-jenama coklat popular seperti Kit-Kat, Mars, Toblerone Cadbury dan Ferrero Rocher adalah tidak asing lagi bagi penggemar coklat di Malaysia dan serata dunia. Coklat telah menjadi sebahagian daripada gaya hidup masyarakat barat untuk beberapa generasi dan kini popularitinya telah berkembang ke negara-negara timur.

Kerana ianya diperbuat daripada koko, biji koko menentukan harga, keseimbangan perdagangan dan kontrak masa hadapan produk berkaitan coklat.

Berikut adalah beberapa fakta menarik tentang koko

1.Theobroma cacao adalah nama saintifik Latin yang diberikan kepada pokok koko yang berasal daripada benua Amerika yang beriklim tropika ini.

2. Pokok koko perlu ditanam di sebelah pokok yang tinggi untuk melindungi mereka daripada terkena cahaya matahari secara terus. Inilah sebabnya mengapa anda sering melihat pokok koko ditanam di antara pokok mangga dan betik. Tanah yang digunakan akan mempengaruhi rasa biji koko.

3. Pokok koko perlu tumbuh di iklim panas dan lembap seperti yang terdapat di antara garis lintang 20 ° Utara dan 20 ° Selatan Khatulistiwa.

4. Mengambil masa 3 hingga 5 tahun sebelum pokok koko membuahkan hasil. Setiap pokok menghasilkan kira-kira 1,000 biji buah koko dalam tempoh setahun, tetapi jumlah sebanyak itu hanya mencukupi untuk menghasilkan 1 kg coklat. Jadi ingat perkara ini jika anda fikir harga coklat yang berkualiti mahal.

5. Setiap peringkat pengeluaran koko dilakukan dengan tangan: penanaman, pengairan, penuaian, penapaian dan pengeringan. Ini adalah salah satu lagi sebab kenapa harga coklat berkualiti melambung tinggi.

6. Lebih 70% koko di dunia berasal dari Afrika Barat. Di sinilah sebahagian besar koko dihasilkan untuk penghasilan coklat secara besar-besaran.

7. UK adalah penggemar coklat terbesar di dunia dengan purata penggunaan tahunan per kapita sebanyak 11.5 kg.

8. Amsterdam adalah pelabuhan koko yang paling penting di dunia: 500,000-600,000 tan koko melalui pelabuhan itu setiap hari.

9. Akhir sekali, terdapat tiga jenis koko utama berbeza: Forastero, Criollo dan Trinatorio.

(Sumber daripada On the cocoa trail)

Fakta tentang koko dan coklat di Malaysia

1.Beryl’s chocolate dan Vochelle adalah produk coklat jenama Malaysia

Beryl’s Chocolate telah ditubuhkan pada tahun 1995 dengan menggunakan koko dari Ghana. Pengasasnya merupakan seorang penduduk peribumi dari Sarawak dan ia mempunyai lebih 70 jenis coklat termasuk perisa durian dan cili. Untuk pengetahuan ramai coklat berperisa durian adalah lebih popular di Taiwan daripada di Malaysia.

Vochelle diedarkan oleh Maestro Swiss, sebuah syarikat milik Malaysia yang pesat berkembang dalam pengilangan, penjualan dan pemasaran dalam industri makanan dan minuman . Ibu pejabat dan kilangnya bertapak di Pulau Pinang namun Pejabat Jualan dan Pemasarannya berada di Petaling Jaya. Maestro Swiss juga merupakan pengeluar minuman Vico.

2.  Lembaga Koko Malaysia (Malaysian Cocoa Board) adalah badan persekutuan yang bertanggungjawab untuk memastikan industri koko di Malaysia sentiasa membangun, berintegrasi dan berdaya bersaing di peringkat global.

3.   Malaysia adalah pengisar koko terbesar di peringkat Asia dan yang kelima terbesar di peringkat dunia, di belakang Belanda, Cote d’Ivoire, Jerman dan Amerika Syarikat.

4.   Jumlah keseluruhan ladang koko di Malaysia adalah kira-kira 18,000 hektar dan terdapat 15,045 pemegang kecil di seluruh negara. Ladang terbesar adalah di Sabah, yang mempunyai ukuran seluas 7,072 hektar.

Sumber daripada Business Wire, Malaysian Cocoa Board dan Sos Cili

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close