Teknologi

Terapi Dalam Talian Bantu Pesakit Hidap Kemurungan

Temujanji terapi dalam talian telah meningkat sebanyak dua kali ganda dalam tempoh dua tahun lalu di England. Bilangannya hingga lebih kurang 14,000 temujanji sebulan.

Walaupun hanya menyumbang sebanyak 4% daripada rawatan kesihatan mental Perkhidmatan Kesihatan Nasional, (National Health Service), menurut angka yang dipaparkan oleh BBC Radio 5 live bilangan mereka yang memilih untuk menerima rawatan digital semakin meningkat.

 Katy Goodwin, 32, dari Bridlington, telah memberitahu BBC Newsbeat mengapa terapi dalam talian adalah pilihan yang terbaik untuknya.

Budaya dalam talian mendominasi kehidupan

“Memandangkan kita kini tinggal di dalam budaya dalam talian, saya terasa ingin mencubanya. Hal  ini kerana kebanyakan persahabatan saya serta hubungan saya dengan suami melibatkan perbualan dalam talian,” katanya.

Katy, salah seorang penerima rawatan terapi dalam talian, telah mengalami kemurungan selepas bersalin

Katy tinggal bersama suaminya dan anak perempuannya, Amelie yang berusia dua tahun di Bridlington, sebuah bandar di tepi pantai berdekatan Scarborough di East Riding of Yorkshire.
Dia didiagnosis dengan kemurungan selepas kelahiran (meroyan) selepas kelahiran anak perempuannya.

“Gejala-gejala seperti apa yang anda rasakan ketika sedang hamil atau selepas baru melahirkan,” katanya kepada Newsbeat.

“Jadi keletihan, sentiasa menangis, rasa terdesak [dan] risau.”

Tetapi dia mengatakan bahawa dia menyedari ia lebih daripada keletihan kerana menjaga bayi apabila dia mula berfikir tentang mahu membunuh diri.

“Hal ini memenatkan diri saya, bukan setakat setiap hari, tetapi setiap saat, “ katanya lagi.

Keberkesanan terapi dalam talian dipersoal

Pengkritik tentang penggunaan perkhidmatan rawatan kesihatan mental dalam talian telah mempersoalkan sejauh mana keberkesanan perkhidmatan itu. Dengan mengatakan ia banyak melangkau kaedah-kaedah penting dalam rawatan kesihatan mental. Tetapi Katie memberitahu kami bahawa daripada semua pilihan yang ditawarkan kepadanya, kaedah inilah yang paling menarik. Hal ini kerana ia adalah fleksibel dan kaedah perlaksanaannya lebih bergantung kepada Katie.

Terapi dalam talian menawarkan keselesaan ‘jarak jauh’ bagi pesakit

 “ Pada mulanya saya ditawarkan rawatan menerusi penggunaan ubat, saya fikir ia adalah satu platform hebat untuk mengimbangkan diri saya kembali.”

Dia juga pernah menjalani sesi terapi konvensional, tetapi mendapati dia lebih suka akan kewujudan jarak apabila dia sedang bercakap dengan seseorang dalam talian.

NHS mempunyai saluran rangkaian dan forum yang terjamin keselamatannya di mana anda boleh bercakap dengan ahli terapi, menerima rawatan dalam talian dan berborak dengan kumpulan yang menghadapi masalah yang sama.

Katy memilih untuk menjalani rawatan terapi dalam talian kerana ia lebih fleksibel dan terdapat jarak antara dia dan pemberi rawatan

Bagaimana sesi terapi dalam talian berbeza dengan sesi terapi konvensional

“Mula-mula anda perlu menempah temujanji anda pada masa yang tertentu, seperti yang anda lakukan dengan sesi terapi biasa,” terang Katie.

“Kemudian anda perlu log masuk di mana akan ada ruang instant messaging (mesej ringkas). Jadi selepas itu anda hanya perlu berbalas-balas mesej .

“Dan anda hanya bercakap tentang apa yang sedang berlaku – mereka hampir memberikan saya kerja rumah tentang cara-cara mengatasi masalah-masalah yang saya alami.

“Anda juga akan mendapat salinan tentang apa yang telah anda katakan. Hal ini bagus juga. Kerana kadang-kadang apabila saya terlalu beremosi – selalunya saya tidak ingat apa yang telah saya katakan.”

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close