AntarabangsaIsu Semasa

Rawatan Akupunktur Mampu Pulihkan Haiwan Peliharaan

Terkini di China, pemilik-pemilik haiwan peliharaan telah pun bertukar kepada kaedah akupunktur sebagai cara menyembuhkan haiwan kesayangan mereka khususnya kucing dan anjing yang mengalami kecederaan tulang belakang.

Sudah menjadi asas dan kepercayaan dalam perubatan tradisional Cina bahawa sesuatu penyakit adalah disebabkan oleh ketidakseimbangan kuasa ‘yin’ dan ‘yang’ dalam tubuh seseorang.

Di Shanghai, seorang pengamal perubatan menawarkan kaedah akupunktur sebagai alternatif untuk merawat haiwan peliharaan yang lumpuh dengan menggunakan peranti atau alatan canggih yang tidak menyakitkan.

Mesin akupunktur yang digunakan dilengkapi dengan jarum panjang yang akan dicucuk pada badan binatang peliharaan dan kemudian mengalirkan arus elektrik melalui badan mereka, lapor Telegraph.

Anjing peliharaan dari baka spesifik cenderung untuk mengalami kecederaan belakang atau lumpuh dan haiwan yang mengalami keadaan ini biasanya akan dibuang atau dimatikan.

Tetapi bagi sesetengah orang di China, mereka percaya bahawa pelbagai kecederaan boleh dirawat dengan menggunakan terapi alternatif seperti rawatan akupunktur.

TCM Neurologi Shanghai dan Pusat Kesihatan Akupunktur Haiwan telah menerima lebih daripada 2,000 ekor kucing dan anjing selama empat tahun beroperasi.

Tujuh puluh peratus daripada haiwan berkenaan mengalami herniasi cakera tulang belakang, yang menyebabkan lumpuh kaki belakang atau keempat-empat kaki. Jin Rishan, seorang pengamal perubatan di klinik akupunktur mengatakan klinik itu beroperasi dengan kapasiti penuh sekitar 20 pesakit sehari.

Menurut Jin Rishan, kaedah tradisional ini mendapat sambutan yang menggalakkan kerana amalan perubatan Barat tidak dapat menyembuhkan haiwan-haiwan yang mengalami kecederaan tersebut.

Haiwan peliharaan telah menjadi terkenal di China dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan pemiliknya sering membelanjakan sejumlah besar wang untuk anjing dan kucing mereka.

Industri solekan haiwan peliharaan adalah perniagaan yang berkembang pesat di China di mana anjing sering dilihat memakai jubah mahal dan aksesori mewah.

Pada masa lalu, orang-orang Cina mempunyai tanggapan yang sangat lemah tentang haiwan peliharaan tetapi sekarang semakin ramai yang menganggap anjing atau kucing sebagai teman atau ahli keluarga sehingga sanggup berbelanja besar untuk haiwan kesayangan mereka.

Show More

Related Articles

Back to top button