Bisnes & Ekonomi

Kenali Jutawan Vincent Tan Dengan 10 Fakta Ini

Siapa yang tidak mengenali jutawan terkenal Vincent Tan. Beliau adalah antara individu terkaya di Malaysia. Untuk mengenali jutawan ini dengan lebih dekat, jom baca 10 fakta tentang beliau!

 

1. Tan hanya bermula sebagai kerani bank ketika berumur 17 tahun, seterusnya menjadi ejen insurans dan akhirnya membeli restoran francais McDonald untuk Malaysia pada tahun 1980.

2. Vincent Tan tersenarai pada kedudukan ke-20 dalam senarai Forbes dengan nilai harta sebanyak AS $ 820 juta (RM3.51 bilion).

3. Kepentingan perniagaan Vincent Tan merangkumi pelaburan hartanah, permainan, makanan dan juga peruncitan. Sebahagian besar kekayaannya berasal dari entiti yang tersenarai dalam konglomerat Berjaya.

4. Beliau memiliki tiga buah kelab bola sepak di seluruh dunia termasuk pemilikan bersama Los Angeles FC bersama pelakon Hollywood, Will Ferrell.

5. Pada Mei 2010, Tan menjadi pemilik Cardiff City selepas konsortium pelabur Malaysia diketuai oleh Dato Chan Tien Ghee membeli 30% saham kelab itu.

6. Pada Disember 2013, Tan membeli kelab Bosnia FK Sarajevo. Di bawah perjanjian itu, Cardiff akan bekerjasama dengan FK Sarajevo, bertukar pemain dan mengambil bahagian dalam akademi bola sepak.

7. Pada tahun 2014, diumumkan bahawa Tan adalah sebahagian daripada kumpulan pemilikan besar yang terlibat dengan kelab Major League Soccer, Los Angeles FC yang bersedia menyertai liga pada 2018.

8. Beliau adalah pemegang saham kedua terbesar dengan kepentingan 21.46% dalam U-Mobile sdn bhd yang dilancarkan pada tahun 2008.

9. Tan melancarkan perkhidmatan TV berbayar dipanggil MiTV pada tahun 2005 untuk bersaing dengan Astro namun percubaan itu gagal. MiTV ditukar nama kepada Ansa Broadcast dan dijadualkan masuk ke pasaran untuk sekali lagi bersaing dengan Astro.

10. Tan yang kini berusia 65 tahun, mempunyai 11 orang anak dan dua orang cucu yang dikenali ramai iaitu Tristan dan Tyler Tan.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close