Tempatan

Apa Itu Perayaan Hantu?

Perayaan Hantu bagi penganut agama Buddha bermula pada August 22 dan akan berakhir pada September 19. Perayaan Hantu jatuh pada malam ke-14 bulan ke-7. Orang Cina percaya pintu neraka akan terbuka untuk membenarkan roh dan hantu berkeliaran di dunia.

Pada hari ke-15, penganut agama Tao Cina akan membuat penyembahan di luar rumah dan di jalanan untuk menyenangkan roh dan hantu mengembara sebagai harapan mereka tidak menggangu mereka yang masih hidup.

Ciri-ciri terpenting dalam Bulan Hantu ialah penyembahan nenek moyang, yang mana ketaatan para keturunan disambungkan kepada nenek moyang walaupun selepas kematian mereka. Kegiatan yang dijalankan pada bulan ini termasuk menyediakan persembahan makanan secara ritual, pembakaran wang neraka dan bungkusan yang mendandungi kain untuk memberi penghormatan kepada roh-roh nenek moyang yang menziarah, iaitu melayan orang yang meninggal seolah-olah mereka masih hidup.

Makanan dihidangkan dengan kerusi kosong bagi setiap ahli yang meninggal dalam keluarga. Keraian yang lain termasuk melepaskan perahu kertas kecil dan tanglung di atas air, yang menandakan tindakan membantu roh-roh sesat mencari jalan.

Pantang larang bulan perayaan hantu telah diterapkan dalam kanak-kanak sejak kecil lagi, dengan begitu banyak amaran supaya tidak memprovokasi dan menarik perhatian roh dan hantu. Antaranya adalah tidak keluar rumah sehingga larut malam dan jangan berenang.

Menurut The Star, kepercayaan itu sangat kuat sehinggakan kebanyakan orang cina tidak berkahwin pada bulan ini dan elakkan daripada membuka bisnes atau berpindah ke rumah baru kerana ia akan membawa malang.

Walaupun telah mengambil langkah berjaga-jaga, terdapat juga cerita-cerita tentang pertemuan dengan makhluk ghaib. Banyak filem seram akan dikeluarkan di TV mengenai perkara tersebut dan ramai juga peminat filem-filem ngeri seperti itu.

Tahukah anda pantang larang pada bulan perayaan hantu?

  1. Jangan menoleh belakang – Anda dinasihatkan jangan menoleh ke  belakang apabila terasa sentuhan pada bahu atau terdengar sesiapa memanggil nama anda, terutamanya selepas matahari terbenam.
  2. Jangan pakai kasut tumit tinggi – Kekalkan kedua-dua tapak kaki pada atas lantai apabila berdiri. Dikatakan hantu akan berlayang-layang beberapa sentimeter atas tanah jadinya mereka mungkin akan tersalah anggap wanita yang memakai kasut tumit tinggi sama seperti mereka dan cuba untuk berkomunikasi.
  3. Jangan berenang – Jika anda berenang pada bulan ini, anda mungkin akan bertemu dengan hantu yang mati lemas ketika di dunia.
  4. Jangan pandang bawah meja – Roh dikatakan suka makan di bawah perabot. Jadinya tidak baik jika kita tengok bawah meja.
  5. Jangan duduk di barisan depan – Persembahan di kuil adalah untuk hiburan kepada roh-roh. Barisan pertama dan kedua disediakan untuk roh. Kalau anda duduk di situ, anda berkemungkinan duduk atas riba mereka.
Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close