Isu SemasaPolitikTempatan

Belia Lebih Bimbang Tentang Masa Depan, Bukan Politik

Sejak kebelakangan ini, beberapa siri dialog program Transformasi Nasional 2050 (TN50) bersama para pelajar dari beberapa universiti mendapati bahawa golongan belia lebih bimbang mengenai masa depan mereka berbanding politik.

Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna mereka tidak mengambil tahu tentang politik kerana mereka masih sedar dan tentang isu-isu semasa.

“Namun, Saya tidak rasa mereka tidak mengambil terhadap politik. Mereka sedar tentang isu-isu (yang sedang berlaku).

“Sebagai contoh, mereka tahu bahawa ini adalah mengenai TN50 dan mengenai masa depan yang mereka mahukan,” kata Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai selepas menghadiri Dialog TN50 @UTAR (Universiti Tunku Abdul Rahman) yang melibatkan 700 pelajar di kampus UTAR Sungai Long pada hari Isnin.

Memetik laporan The Star, antara isu yang dibangkitkan oleh para pelajar ketika dialog itu adalah pendidikan dan kesihatan, termasuk kemampuan untuk menjana pendapatan untuk menjalani kehidupan yang selesa.

Sementara itu, Ketua Pemuda MCA, Datuk Chong Sin Woon yang menjadi moderator di dialog itu, turut mengingatkan para pelajar supaya berhati-hati dengan berita/maklumat palsu di media sosial.

“Realitinya adalah kebanyakan berita di media sosial adalah palsu. Anda perlu menyemak sumber dan tidak percaya membuta tuli dengan apa yang anda baca,” katanya.

Tambah Chong, golongan belia lebih bimbang isu-isu yang berkaitan dengan kehidupan seharian berbanding politik.

Dalam sebuah majlis lain, Liow berkata, negara memerlukan lebih ramai pekerja yang berkemahiran seiring dengan kemajuan negara.

“Ia amat penting bagi kita untuk melatih lebih ramai profesional teknikal,” kata Liow.

MCA juga bercadang untuk mengembangkan lagi VTAR Institute susulan peningkatan besar jumlah pelajar daripada 100 hingga 700 orang dalam beberapa tahun ini.

“Kami akan mencari tempat yang sesuai untuk mengembangkan VTAR dan kami berharap untuk mendapat lebih daripada 1,000 pelajar di sini,” ujarnya.

Akhir sekali,  golongan belia hendaklah berpegang teguh dengan nilai-nilai murni seperti sikap saling menghormati, toleransi, perpaduan dan kerjasama di antara satu sama lain untuk menjamin keamanan dalam kehidupan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Selain itu, sebelum mempercayai atau menyebarkan sesuatu maklumat di media sosial, pastikan anda menyemak terlebih dahulu kesahihannya untuk mengelak daripada berlakunya sebarang fitnah dan kekecohan yang mampu menggugat kestabilan negara.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button