Kesihatan

Masalah Mental, Media Sosial dan Perlakuan Ibubapa Pemangkin Kejadian Buli?

Tahun 2017 Malaysia digemparkan dengan banyak kes buli dan antara yang mendapat perhatian ramai ialah kematian kadet angkatan laut Universiti Pertahanan Malaysia Malaysia, Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21, akibat kecederaan fizikal yang disebabkan oleh, rakan universitinya,

Hanya dua minggu selepas itu seorang lagi mangsa buli menghembuskan nafas terakhirnya.

Nhaveen dipercayai telah diserang secara fizikal dan seksual oleh bekas rakan sekolahnya di Pulau Pinang ketika membeli makanan. Ketika itu dia berusia 18 tahun.

Statistik berkaitan buli

Statistik yang dibekalkan Kementerian Pelajaran mendedahkan bahawa lebih 14,000 kes buli terjadi di sekolah antara tahun 2012 hingga 2015, dengan sebahagian besarnya melibatkan buli secara fizikal.

Walaupun bilangan kes yang dilaporkan telah mengalami penurunan sejak beberapa tahun lalu, terdapat peningkatan kes di sekolah menengah, daripada 0.06 peratus kes pada tahun 2015 kepada 0.11 peratus kes tahun lepas.

Pada 2015, 2,968 buah kes telah dilaporkan berbanding 2,825 buah kes pada tahun 2014 dan 4,120 buah kes pada tahun 2013.

Media sosial salah sebuah pemangkin kes buli

Angka-angka ini memaparkan senario yang gelap- kes-kes ini kini menjadi lebih kejam, dengan lebih banyak golongan muda menunjukkan kecenderungan untuk bertindak agresif dalam talian, hal ini sering mengakibatkan berlakunya kes buli siber lapor New Straits Times.

Buli siber menjadi corak buli masa kini

Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, media sosial memudahkan para belia terlibat dengan tingkah laku buruk, seperti buli secara fizikal dan juga siber

Berdasarkan statistik diperoleh CyberSecurity Malaysia, buli siber dalam kalangan pelajar berlaku hampir setiap hari, dengan 338 buah kes dilaporkan tahun lalu berbanding 291 buah kes pada tahun 2014.

“Jumlahnya lebih kurang sama pada tahun 2012 dan 2013, iaitu sebanyak 250 dan 389 buah kes pada tahun-tahun tersebut.

Masalah kesihatan mental antara punca kes buli

“Keadaan menjadi lebih teruk apabila ramai anak muda kini menderita masalah kesihatan mental,” katanya, merujuk kepada Kajian Kesihatan dan Morbiditi Nasional 2015.

Kajian itu mendedahkan bahawa kira-kira 4.2 juta orang rakyat Malaysia berumur 16 tahun dan ke atas mengalami masalah mental. Jumlah ini membimbangkan kerana ia menunjukkan peningkatan sebanyak 11.2 peratus berbanding tahun 2006.

Beliau berkata kira-kira 84 peratus daripada kanak-kanak di Malaysia menderita oleh satu jenis kegiatan buli, dengan 33 peratus daripada mereka telah dibuli dalam talian.

Beliau memberi amaran bahawa oleh kerana masalah kesihatan mental diramalkan akan menjadi masalah kesihatan kedua terbesar di negara ini selepas penyakit jantung menjelang tahun 2020, ibubapa dan guru perlu memastikan anak-anak mereka menerima bantuan yang diperlukan.

Pengerusi Lembaga Tindakan Ibu Bapa untuk Pendidikan (Parent Action Group for Education, PAGE),  Datin Noor Azimah Abdul Rahim percaya bahawa sekolah harus mempunyai dasar toleransi sifar terhadap buli.

Antara sebab kegiatan buli semakin meningkat adalah disebabkan masalah kesihatan mental

Perlakuan ibubapa dalam kejadian buli

“Ibubapa pastinya mempunyai peranan yang penting dalam memastikan dan menyediakan persekitaran yang sihat di mana berlakunya interaksi antara rakan sebaya dan adik-beradik,” ini kerana ciri-ciri kegiatan buli boleh bermula di rumah.

“Kanak-kanak menjadikan apa yang dikatakan oleh ibu bapa mereka di rumah sebagai  contoh seperti menggunakan istilah-istilah berbunyi penghinaan seperti terencat (cacat), si gemuk, si  pondan serta mencarut semasa memandu.

“Pihak sekolah harus mematahkan kitaran ini dengan mendidik pelajar bahawa perbuatan ini adalah salah. Jadi para pelajar boleh menyuarakan pendapat mereka apabila ibubapa mereka melakukan perkara ini. Saya fikir golongan ibu bapa akan menghargainya. “

Perlakuan ibubapa seperti mengatakan sesuatu yang negatif dan memukul tanpa alasan yang kukuh mudah ditiru kanak-kanak

Kaunselor psikologi dan bekas pengetua Sekolah Antarabangsa HELP Dr Gerard Louis berkata mereka yang cenderung membuli datang daripada keluarga yang melakukan penderaan,  persekitaran sekolah yang tidak sihat, mempunyai harga diri yang rendah, kuat mengikut perasaan, mempunyai kurang kemahiran bersosial atau tidak mempunyai individu untuk dijadikan model contoh. “Individu-individu tersebut lebih cenderung untuk meniru perlakuan yang mereka tonton.

Cadangan kaedah pengurangan kejadian buli

Antara yang boleh dilakukan adalah mendidik golongan remaja dan menggunakan saluran media yang ada untuk menyampaikan kesedaran tentang kes buli.

Pendedahan kepada remaja “apa itu buli?”

“Apa-apa bentuk jenayah remaja mesti ditangani dengan segera dan serius. “Pelajar perlu memahami jenis aktiviti yang tergolong dalam kategori buli. “Harus ada saluran selamat  untuk mangsa melaporkan kegiatan buli. Menubuhkan prosedur operasi standard dan serta menguatkuasakannya.

Peranan media dalam mengatasi kejadian buli

“Pihak media seharusnya menonjolkan keadaan ini dan memberi kesedaran dalam kalangan remaja dan belia untuk menghalang masyarakat daripada menjadi sampah manusia yang tiada maruah dan arah.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Baca Juga

Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker