Sukan

10 Catatan Gemilang Sukan SEA 2017 Yang Anda Patut Tahu

Malaysia telah berjaya melepasi sasaran pingat emas Sukan SEA tahun ini dengan kemenangan 145 emas, 92 pingat perak dan 86 gangsa. Kejayaan ini telah mencatatkan sejarah tersendiri dengan pingat emas terbanyak terkumpul dalam sejarah Sukan SEA Malaysia. Walaupun terdapat beberapa tidak kesempurnaan dalam sepanjang Sukan SEA, tetapi semangat yang ditonjolkan oleh para atlet dan penyokong adalah sangat membanggakan.

Antara kisah yang anda harus ketahui sepanjang sukan SEA 2017 ialah

  1. Adik-beradik dari komuniti Orang Asli Kelantan memenangi pingat

Zumika, 19 tahun dan adiknya Sasha, 17 tahun merupakan orang asli dari komuniti Kelantan yang pertama untuk menjadi wakil negara dalam sukan berprestij seperti Sukan SEA ini. Mereka merupakan antara pemain kriket wanita yang berjaya merangkul pingat gangsa untuk negara.

Usaha bapa mereka, Azmi Badul yang tinggal di pedalaman hutan Gua Musang untuk menghadirkan diri Kuala Lumpur bagi menonton kedua anaknya beraksi ternyata berbaloi dengan kemenangan yang dicapai.

Menurut Pengerusi Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan, Mustafa Along walaupun komuniti orang asli ini tinggal di kawasan pedalaman yang tiada air dan elektrik, berita tentang kejayaan dua adik-beradik ini telah tersebar dengan cepatnya dengan adanya teknologi telefon pintar dan cerita mulut ke mulut. Seluruh komuniti orang asli Kelantan sangat bangga dengan kejayaan kedua adik-beradik ini.

“Ada yang merakam perlawanan menggunakan telefon mereka. Apabila berkumpul, video tersebut akan dikongsikan beramai-ramai,” kata Mustafa.

Buat masa ini, bapa dua beradik itu belum lagi dapat pulang ke kampungnya iaitu Kampung Jader di Pos Simpur kerana tiket bas ke Kelantan semuanya habis terjual sempena Hari Raya Aidiladha. Namun, Azmi sangat bersyukur kerana telah mengambil keputusan untuk menyaksikan anaknya bertanding.

 

2. Sukarelawan Termuda Berusia 9 Tahun

Macey Tan, 9 tahun bersama kakaknya Marion Tan, 11 tahun telah ditugaskan untuk membersihkan ais Stadium Nasional Luncur Ais Malaysia (MyNISS) untuk acara luncur ais.

Mereka ini dikenali sebagai “flower girls” yang akan meluncur merentasi gelanggang ais tersebut untuk membantu para atlet mengutip bunga, teddy bear dan hadiah yang diberikan oleh para peminat.

Menurut Macey, ia sesuatu yang sangat menyeronokkan dan tidak merasakan dirinya sedang bekerja.

Menjadi pembersih ais ini bukanlah sesuatu tugasan yang mudah. Jika anda tidak mahir meluncur ais, anda sudah pasti tidak dapat melakukan tugasan ini dengan sempurna.

 

3. Pelumba basikal wanita negara mencatat sejarah menjadi wanita pertama Malaysia memenangi 4 emas di Sukan SEA

Fatehah Mustapa, 28 tahun yang berlatih di Melbourne, telah menjadi wanita pertama untuk memenangi 4 pingat emas Sukan SEA dengan memecahkan rekod sendiri yang dipegangnya selama 3 tahun pada sukan Komanwel Glasgow 2014 dengan catatan 34.542.

Menurut Fatehah, ini merupakan pingat pertamanya dalam pertandingan Asia kerana tidak berjaya mendapat pingat pada awal tahun ini dalam Kejohanan Berbasikal Asian di India. Oleh yang demikian, Fatehah bertekad untuk melakukan terbaik dan rasa tidak akan gembira jika tidak memenangi sekurang-kurangnya empat pingat emas.

 

4. 5 hari sebelum perlawanan Muay, atlet negara kehilangan bapanya

Ain Kamaruddin, 25 tahun telah kehilangan ayah tercintanya 5 hari sebelum pertandingan namun masih mempunyai kekuatan untuk bertanding malah telah berjaya mengalahkan juara dunia, Thachtana Luangphon dari Thailand yang membolehkannya menyumbang pingat emas untuk negara.

“Ayah saya merupakan penggiat Muay dan saya selalu mengikutnya dalam setiap pertandingan. Setelah 10 tahun, saya akhirnya berjaya memenangi pingat emas. Malang sekali, ayah saya tidak berada di sini untuk menyaksikannya. Oleh itu saya dedikasikan emas ini untuk ayah,” kata Ain.

Ayah Ain meninggal dunia semasa Ain masih berlatih di Bangkok dan hanya dapat hadir sehari selepas hari pengkebumian ayahnya sebelum pertandingan Muay dilangsungkan.

 

5. Gandingan mantap atlet veteran dan pelapis muda

Leong Mun Yee, 32 tahun yang pernah mewakili negara di Temasya Komanwel 1998 dalam acara terjun telah berjaya merangkul pingat emasnya yang ke-16 setelah 20 tahun tidak muncul dalam Sukan SEA. Mun Yee terakhir beraksi pada Sukan SEA 1997 di Jakarta.

Pemain Olimpik 4 kali ini mempunyai banyak pingatnya tersendiri tetapi gandingannya bersama seseorang berusia separuh darinya memberi makna yang tersendiri.

Jellson Jabilin yang kini berusia 16 tahun baru berusia 7 bulan apabila Mun Yee memenangi 4 pingat emas pada Sukan SEA tahun 2001.

 

6. Flying Jantan mencipta sejarah menjadi pelari pecut termuda di Asia Tenggara untuk menjadi juara.

Khairul Hafiz Jantan, 19 tahun sebelum ini telah mencatatkan pelbagai rekod yang mengagumkan pelbagai orang terutamanya atlet veteran. Khairul Hafiz telah memecahkan rekod 100m negara pada Kejohanan Olahraga Junior Asia di Ho Chi Minh pada bulan Jun, setelah itu memecahkan rekod kebangsaan dalam acara 200m pada bulan Julai yang telah bertahan selama 49 tahun. Khairul tidak berhenti setakat itu sahaja tetapi telah memecahkan rekod Watson Nyambek yang diciptanya pada Komenwel 1998.

Pada Sukan SEA 2017 ini, anak kelahiran Melaka ini telah mencatatkan sejarah sebagai atlet pecut termuda untuk memenangi emas. Ia merupakan sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh Malaysia setelah penantian selama 14 tahun. Khairul merupakan atlet ke-4 Malaysia untuk memenangi acara blue riband sejak Sukan SEA Bangkok pada tahun 1959!

 

7. Pemain tukul besi negara memecah rekod dan kemarau 16 tahun acara tersebut

Untuk kali pertama dalam sejarah Sukan SEA sejak tahun 1959, belum pernah atlet Malaysia menjuarai kedua-dua acara tukul besi wanita dan lelaki. Namun semuanya terpecah hasil daripada kemenangan pingat emas dua pemain negara yang berasal dari Sarikei, Sarawak.

Jackie Wong Siew Cheer, 25 tahun dan Grace Wong Xiu Mei, 17 tahun adalah dua atlet negara yang telah mengharumkan nama negara dalam acara ini. Jackie telah mencatatkan rekod baru dengan balingan 65.90m mengalahkan rekod terakhir Sukan SEA yang dilakukan oleh pemain Filipina dua tahun lalu dengan catatan 65.63m.

Jackie juga telah mengakhiri kemarau pingat emas dalam acara ini setelah terakhir ia dimenangi oleh Wong Tee Kui pada 16 tahun lalu di Sukan SEA KL 2001.

 

8. Berusia 46 tahun tetapi masih bertaring

Sumber: NSTP

Nor Hashimah Ismail sudah berusia 46 tahun tetapi ia tidak melunturkan semangatnya untuk beraksi dalam acara boling padang pada Sukan SEA 2017 kelmarin.  Beliau yang juga memenangi pingat perak dan gangsa dalam pertandingan dunia di New South Wales bulan tiga kelmarin, telah tekad untuk terus mara dan melakukan persediaan untuk Komanwel tahun depan.

“Keindahan tentang boling padang ialah usia bukan penghalang,” kata Nor Hashimah yang telah memenangi emas keempatnya dalam Sukan SEA.

 

9. Hamil 5 bulan bukan penghalang raih emas

Quzandria Nur, 35 tahun adalah atlet ekuestrian negara yang berjaya memberikan hadiah emas untuk Malaysia dalam acara dressage individu dan acara dressage berpasukan walaupun hamil 5 bulan.

Menurut Quzandria, dia telah berbincang dengan doktor tentang kehamilannya dan ia tidak menggugatnya.

“Permainan kali ini merupakan satu cabaran buat saya tetapi menjadi satu pencapaian yang sangat bermakna,” katanya yang menganggap kejayaan yang dirangkulnya sebagai rezeki.

Quzandria juga gembira akhirnya dapat menewaskan abangnya, Qabil untuk memenangi emas tersebut.

 

10. Atlet cilik memenangi emas sekaligus menjadi atlet termuda untuk memenangi emas pada Sukan SEA edisi ke-29

Adam Yoong Hanifah yang berusia 9 tahun telah memenangi emas dalam acara men’s tricks luncur air. Walau bagaimanapun,  kakaknya Aaliyah Yoong Hanifah masih memegang rekod atlet Malaysia termuda apabila memenangi emas pada Sukan SEA dua tahun lepas pada usia lapan tahun.

 

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close