Antarabangsa

Pertikaian Sempadan India China: Apa Yang Anda Perlu Tahu

Selama 2 bulan, sempadan 3,500 kilometer yang dikongsi antara India dan China telah menimbulkan pertikaian berterusan.

Sejak konfrontasi ini bermula, kedua-dua pihak telah memperkuatkan tenteranya dan menyeru kepada satu sama lain untuk berundur.

Bagaimana ia berlaku?

Menurut BBC, perselisihan ini berlaku ketika India menentang percubaan China untuk memperluaskan jalan sempadan melalui dataran tinggi yang dikenali sebagai Doklam di India dan Donglang di China.

Dataran tinggi, yang terletak di persimpangan antara China, negara bahagian utara India di Sikkim dan Bhutan, kini dipertikaikan antara Beijing dan Thimphu. India menyokong tuntutan Bhutan.

India bimbang jika jalan itu selesai, ia akan memberikan akses yang lebih besar kepada China ke Siliguri Corridor di India, iaitu koridor selebar 20km yang menghubungkan tujuh negeri bahagian timur laut ke tanah besar India.

Pegawai ketenteraan India memberitahu mereka membantah dan menghentikan kerja pembinaan jalan raya, yang menyebabkan tentera China segera bergerak ke kedudukan pos India dan menghancurkan dua bunker pos di Lalten yang berhampiran.

Pegawai-pegawai China mengatakan bahawa bertentangan dengan pembinaan jalan raya, pengawal sempadan India menghalang “aktiviti normal” di sebelah China, dan meminta India segera menarik diri.

Apa kata India?

Pada tahun 2012, India dan China bersetuju bahawa sempadan persimpangan dengan Bhutan dan Myanmar akan dirunding bersama negara-negara ini. Sehingga itu, status quo akan diguna pakai.

India percaya China melanggar status quo dengan membina jalan raya. Tentera India dihantar untuk menentang China hanya selepas Bhutan, yang mempunyai hubungan erat dengan India, meminta bantuan India.

Apa kata Cina?

China telah menegaskan kedaulatannya atas kawasan tersebut, mengatakan bahawa jalan itu berada di wilayahnya dan menuduh tentera India “menceroboh”.

China berkata tentera India menyerang Doklam / Donglang untuk membantu Bhutan, dan ia melanggar undang-undang antarabangsa.

Pertikaian berakhir

Baru-baru ini, perselisihan yang bermula dari 27 Jun hingga 28 Ogos 2017, telah diselesaikan.

Kementerian luar di Beijing berkata ia gembira bahawa “kakitangan India yang menceroboh semua telah menarik balik ke sempadan India”.

Kementerian luar negera India mengesahkan tentera mereka telah mengundur dari Doklam selepas perjanjian antara kedua-dua negara.

Berita itu datang seminggu sebelum lawatan Perdana Menteri India, Narendra Modi ke China.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button