Sukan

Debaran Final Bola Sepak Sukan SEA 2017

Dengan meraih kejayaan yang disasarkan oleh pasukan Malaysia semalam, kemenangan pingat emas ke-111 negara oleh Azizulhasni Awang, juara keirin dunia dalam acara pecut lelaki telah menggembirakan semua pihak serta menaikkan lagi semangat kesukanan negara. Semangat kesukanan itu makin membara apabila ibu kepada semua pingat emas akan dipertandingkan malam ini iaitu perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA 2017.

Perlawanan yang bakal berlangsung di Stadium Shah Alam pada jam 8.45 malam ini akan menyaksikan pasukan Malaysia menentang pasukan Thailand.

Thailand yang berada di dalam Kumpulan B bersama pasukan Indonesia, Timor Leste, Cambodia, Filipina dan Vietnam telah memenangi 5 pertandingan sebelum ini dengan satu seri apabila berlawan dengan pasukan Indonesia manakala Malaysia yang berada di dalam Kumpulan A bersama Brunei, Singapura, Myanmar dan Laos memenangi 5 pertandingan dengan kemenangan 1-0 pada perlawanan separuh akhir menentang Indonesia yang membawa Malaysia ke perlawanan akhir malam ini.

Mengikut rekod sukan SEA dari tahun 2011, pasukan bola sepak Thailand telah memenangi 6 perlawanan akhir dan pernah berlawan dengan Malaysia pada perlawanan akhir Sukan SEA 2001. Pada perlawanan tersebut, Thailand telah memenangi pingat emas dengan jaringan gol, 1-0. Manakala Malaysia pernah memasuki peringkat akhir bola sepak Sukan SEA sebanyak tiga kali sejak 2011 dengan dua kemenangan.

Walau apapun rekod terdahulu, skuad di bawah kendalian Datuk Ong Kim Swee ini pasti akan melakukan yang terbaik untuk negara dan peminat sukan negara pada malam ini.

Skuad B-22 kebangsaan akan menggunakan formasi 3-4-3 pada malam ini, manakala pasukan Thailand bakal beraksi dengan formasi 4-3-3.

N. Thanabalan yang telah menjaringkan gol kemenangan pada perlawanan separuh akhir menentang Indonesia Sabtu malam kelmarin bakal menjadikannya pemain tumpuan pada malam ini. Bagi pasukan Thailand pula, Chenrop Samphaodi adalah pemain yang perlu diberi tumpuan.

Sumber Gambar: Malay Mail
Chenrop Samphaodi yang mendapat gelaran Rooney Thai

Dengan 45,000 tiket telah habis dijual kepada penyokong Malaysia manakala lebih 3,000 tiket diperuntukkan kepada penyokong Thailand, pastinya perlawanan malam ini merupakan acara yang terhangat dalam sukan SEA 2017.

Semoga berjaya #TeamMalaysia

#KL2017 #BangkitBersama #KitaSamaHero

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close