Hiburan

Gadis Youtube Johanis Sani

Siapa yang tidak kenal gadis bernama Johanis Sani, 20, yang berjaya menarik perhatian sebanyak lebih 100 ribu subscribers di YouTube. Video yang dimuat naik terdiri daripada cover songs, tutorial solek, dan perjalanan percutian di merata dunia.

Johanis mula mencipta kandungan pada aplikasi 6 saat, Vine. Dia berjaya mendapatkan pengikut yang banyak melalui Vine dan Twitter, dan ia telah mengilhamkannya untuk terus mencipta lebih banyak video.

Video pertamanya yang dimuat naik 4 tahun lalu adalah cover lagu Diamonds daripada Rihanna. Gadis yang mempunyai bakat menyanyi ini berkata, “Ketika membesar,¬†saya dikelilingi oleh ahli keluarga yang cenderung kepada muzik.” Bagi Johanis muzik adalah perkara semula jadi.

Dia belajar mengasah kemahiran menyanyi dari keluarganya. “Mereka mengajar saya untuk melontarkan suara dan harmonize,” jelasnya.

Johanis mula berminat untuk bersolek sejak dari usia yang sangat muda apabila kakaknya kerap meletakkan solek padanya. Sejak itu, dia belajar menjadi lebih kreatif dan eksperimen dengan solek. “Saya tidak boleh hidup tanpa concealer dan pensil kening,” dia berkata, “Dan juga eyeliner. Dan maskara. Dan gincu. Dan eyeshadow.”

Johanis baru-baru ini jatuh cinta dengan perjalanan percutian ketika dia mengadakan percutian solo di Eropah. Percutian yang ditaja oleh Contiki selama 8 hari itu, dirakam dan dimuat naik ke YouTube. Tak ramai yang boleh mengatakan bahawa mereka telah membuat perjalanan solo semasa mereka remaja. Pengalaman percutian itu seharusnya dikongsi sebanyak mungkin bersama peminat dan pengikutnya.

Walaupun masih belajar, pelajar KDU ini masih giat dalam dunia YouTube dan kerap menaikkan gambar perkembangan kehidupannya di Instagram yang mempunyai lebih 200 ribu pengikut. Antara gambar yang sering dimuat naik adalah pakaian harian dan fesyen. Yang pasti, Johanis sentiasa bersedia menceburi bidang baru dan memperkembangkan dirinya.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close