Sukan

Bowling Tidak Akan Dipertandingkan Pada Sukan SEA 2019?

Setelah kejayaan pasukan bowling negara meraih 7 daripada 11 pingat emas yang dipertandingkan pada Sukan SEA 2017 dan menyaksikan ikon boling negara Shalin Zulkifli menguasai Masters wanita yang menang dengan beza satu jatuhan pin 223-222 mengalahkan cabaran wakil Indonesia, Tannya Roumimper sekali gus merangkul emas ke-20 untuk dirinya itu, kemungkinan besar untuk kita menyaksikan beliau dan pasukan bowling Malaysia naik ke podium pada Sukan SEA yang akan datang adalah tipis.

Ini setelah kekalahan pasukan Filipina dalam perlawanan tersebut yang hanya memenangi satu pingat gangsa. Setiausaha Jawatankuasa Olimpik Filipina, Stephen Hontiveros sangat kecewa dengan pemain bowling negaranya kerana mereka pernah memiliki juara dunia suatu ketika dahulu dan kini keadaan sukan bowling Filipina amat menyedihkan bagi dirinya.

Walau bagaimanapun, Hontiveros yang juga ahli federasi Bowling Filipina mengaku bahawa tiada gunanya untuk mengadakan pertandingan ini jika ia tidak membawa kejayaan untuk negaranya.

“Kami harus berfikir tentang kos dan nilai untuk mengadakan pertandingan bagi sesebuah sukan dalam acara dwitahunan itu,” kata Hontiveros.

Menurut TheStar, Ahli Jawatankuasa Olimpik Filipina akan bermesyuarat untuk membincangkan sukan apa yang patut dijayakan pada tahun 2019 nanti.

Dalam pada itu, Malaysia dan Singapura yang memenangi dua emas, 3 perak dan 2 gangsa pada #KL2017 sedang melobi untuk memasukkan sukan bowling dalam Sukan SEA 2019 dan kedua-dua wakil negara telah bertemu dengan Hontiveros untuk berbincang tentang isu ini.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close