Bisnes & Ekonomi

Revolusi Blockchain Menyasarkan Pasaran Emas

Apa itu blockchain?

Blockchain adalah sebuah lejar digital di mana transaksi dilakukan menggunakan bitcoin atau lain-lain matawang kripto yang  direkodkan secara kronologi dan secara terbuka.

Kini, syarikat-syarikat exchange, CME Group, TradeWind Markets yang asalnya  anak syarikat IEX Group  dan firma teknologi kewangan, Paxos sedang melancarkan platform yang serupa untuk membawa emas ke era digital.

Kira-kira US $ 27 bilion (RM 11.5 bilion) emas didagangkan setiap hari di kaunter-kaunter pasaran di mana kadang-kadang untuk sesuatu urusan betul-betul selesai boleh mengambil masa beberapa hari, ini menyebabkan terdapat risiko  dalam tetapan harga bagi kedua-dua pihak pembeli dan penjual.

Kelebihan blockchain

Menggunakan blockchain menjanjikan ketelusan, keselamatan dan urusan yang lebih cepat. Ia juga boleh menarik peserta baru apabila terdapat para pelabur memandang negatif perdagangan dan pertukaran berdasarkan emas (exchange-traded funds, ETF), yang merupakan sumber utama pertumbuhan permintaan fizikal sepanjang satu dekad yang lalu.

Cik Ebele Kemery, ketua pelaburan tenaga di JPMorgan Asset Management, berkata: “Emas digital akan mengambil sebahagian pasaran instrumen emas yang lain seperti: kontrak perniagaan di masa hadapan, emas fizikal dan ETF emas.”

“Ini adalah satu lagi sektor di mana pelabur boleh mencari nilai,” katanya.

Carta menunjukkan harga bitcoin buat pertama kali melepasi harga emas

Harga bitcoin, instrumen pertama yang menggunakan blockchain, telah meningkat lebih empat kali ganda tahun ini kepada lebih daripada AS $ 4,000. Harga matawang krypto ini melebihi harga emas untuk kali pertama pada tahun ini.

CME Group, pemilik syarikat pertukaran terbesar di dunia, bekerjasama tahun lepas dengan Royal Mint Britain untuk mencipta produk emas yang diberi nama Royal Mint Gold (RMG). CME bekerja dengan syarikat keselamatan blockchain BitGo untuk menyediakan sebuah kaedah yang “cepat, kos efektif dan terjamin secara krypto” untuk membeli, memegang dan mendagangkan logam berharga. Platform perdagangan RMG sedang diuji di institusi-insitusi  kewangan.

Blockchain memadankan penjual dan pembeli emas

TradeWind, yang disokong Sprott Incorprated, syarikat pengurusan wang tentang perkara-perkara berkaitan logam berharga sedang menggunakan blokchain sebagai platform elektronik berfungsi untuk memadankan pembeli dengan penjual emas yang disimpan di dalam peti keselamatan yang diluluskan Persatuan Pasar Bullion London.

Paxos  juga membina Bankchain Precious Metals, sebuah perkhidmatan penyelesai urusan blokchain yang membolehkan pemindahan segera pembayaran dan pemilikan segera emas yang disimpan di pelbagai peti keselamatan di London.

Bullion Vault syarikat perdagangan logam berharga dalam talian

Namun, blockchain tidak akan menyelesaikan sebarang masalah yang berkaitan dengan penghantaran emas berbentuk fizikal, kata Encik Adrian Ash, seorang pengarah penyelidikan di BullionVault.

Syarikat itu menjalankan platform dalam talian untuk perdagangan runcit logam yang bernilai kira-kira US 2 billion yang disimpan di peti keselamatan di seluruh dunia, termasuk Zurich, London, New York dan Singapura.

Ia mengendalikan sebanyak 38 tan emas, lebih daripada rizab simpanan emas di Peru.

“Ramai yang tidak mempercayai kerajaan, jadi kenapa anda ingin menyimpannya di peti keselamatan kerajaan?” Kata Ash.

“Pelanggan kami tidak mahu ia disimpan di peti keselamatan bank komersial kerana mereka boleh bankrap. Apabila kami membelinya dari sebuah bank, kami memasukkannya ke sebuah kemudahan penjagaan khas. Anda memerlukan trak untuk melakukan pemindahan. Blockchain tidak menyelesaikan masalah trak tersebut. “

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close