Hiburan

Mark Wahlberg Pelakon Lelaki Termahal Tahun Ini

Mark Wahlberg telah dinamakan sebagai pelakon lelaki yang menerima bayaran paling tinggi di Hollywood, memperoleh kira-kira $ 68 juta (RM291juta) dalam tempoh 12 bulan yang lalu. Wahlberg yang tidak tersenarai pada tahun lalu, mengalahkan Dwayne “The Rock” Johnson yang menduduki tempat pertama tahun lepas.

Wahlberg yang merupakan bekas rapper mendahului senarai Pelakon Lelaki Paling Tinggi Bayaran Dunia 2017 selepas mendapat keuntungan besar untuk francais filem Transformers: The Last Knight dan filem Daddy’s Home 2 yang akan ditayangkan, tulis TheGuardian.

Walaupun pendapatannya tinggi, filem Transformers terbaru ini adalah yang terendah dalam francaisnya dengan kutipan $ 600 juta di seluruh dunia. Wahlberg kini baru saja selesai menghasilkan drama All the Money in the World, bersama Michelle Williams dan Kevin Spacey.

Bintang teratas tahun lalu, Dwayne Johnson, berada di tempat kedua dengan $ 65 juta menerusi filem adaptasi Baywatch. Filem itu juga kurang mendapat sambutan dengan hasil kutipan hanya $ 58 juta di Amerika Syarikat. Johnson seterusnya akan muncul menerusi filem Jumanji dan Rampage, filem aksi pengembaraan berdasarkan permainan video.

Bintang Fast & Furious 8, Vin Diesel, berada di kedudukan ketiga dengan $ 54.5m dan Adam Sandler berada di belakangnya dengan $ 50.5 juta. Jackie Chan juga turut tersenarai dalam 5 teratas dengan $ 49 juta manakala bintang Marvel, Robert Downey Jr, Chris Hemsworth, Samuel L Jackson, Jeremy Renner, Chris Pratt dan Chris Evans juga dipaparkan dalam senarai itu.

Robert Downey Jr yang merupakan pelakon berbayar tertinggi pada tahun 2015 berada dalam kedudukan 10 teratas menerusi filem francais Avengers dan filem Spiderman yang baru. Tom Cruise berada di nombor ke-7 dalam senarai dengan $ 43 juta dari filem-filem seperti The Mummy and Mission Impossible: 6. Senarai itu juga termasuk tiga pelakon Bollywood Shah Rukh Khan, Salman Khan dan Akshay Kumar yang masing-masing menghasilkan $ 38 juta, $ 37 juta dan $ 35.5 juta.

Senarai itu dikeluarkan oleh Forbes seminggu selepas senarai pelakon wanita paling kaya, yang melihat Emma Stone berada di tangga pertama dengan $ 26m. Bintang bersama La La Land, Ryan Gosling, berada di posisi ke-14 dengan $ 29 juta.

Bagaimanapun, terdapat perbezaan yang ketara antara bayaran pelakon lelaki dan wanita apabila pelakon lelaki 10 teratas membuat $ 488.5 juta, hampir tiga kali ganda $ 172.5 juta yang dibuat oleh 10 pelakon wanita berpendapatan tinggi.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button