AntarabangsaIsu Semasa

Anggota Polis Membuka Rumah Persaraan Anjing-Anjing Polis

Pengguna rangkaian sosial popular, Miaopai dan Sina Weibo mengulas bagaimana mereka tersentuh dengan keputusan Bai Yan, seorang anggota polis yang mengendalikan anjing-anjing polis, 55 , untuk mewujudkan rumah persaraan bagi anjing-anjing daripada sektor perkhidmatan, lapor saluran berita BBC.

Bai dan salah seekor anjing di rumah persaraan itu

Video terkini tentang kediaman tersebut oleh Kankan News, menampilkan Little Dragon, seekor anjing German Shepherd berusia 10 tahun. Video tersebut telah dilihat lebih daripada 14.7 juta kali di platform video Miaopai, di mana lebih daripada 9,000 pengguna telah memberi komen.

Beribu-ribu lagi telah mengulas melalui blog mikro Sina Weibo.

‘Perlu penjagaan harian’

Bai telah menghabiskan tujuh tahun dan lebih daripada satu juta yuan (RM 640, 699.76) dalam pembinaan resort, yang terletak di kawasan pergunungan yang luas di Hangzhou di wilayah timur Zhejiang.

Ia mempunyai laluan untuk senaman dan laluan pejalan kaki yang panjang untuk anjing-anjing tersebut. Terdapat juga tanah perkuburan di tapak tersebut, di mana 26 bekas “rakan sekerja” Bai dikebumikan.

Dalam temu bual dengan akhbar tempatan, Qianjiang Evening Jun lalu, Encik Bai menjelaskan sebab beliau menubuhkan rumah persaraan itu.

Antara sebab utama beliau mengambil keputusan itu adalah kerana dia tidak mahu mengambil jalan mudah mematikan salah seekor anjingnya, Sonny, selepas didapati anjing Alsatian tua itu menghidap kanser kulit.

Sonny penghidap kanser kulit merupakan salah seekor anjing tertua di rumah persaraan itu

Encik Bai mendakwa bahawa daripada  menurut nasihat doktor haiwan iaitu mematikan anjing tersebut, beliau meluangkan masa memandikan anjing tersebut dengan mandian  berubat untuk mengawal penyakit dihadapi Sonny.

Selepas pengalaman itu, beliau memahami bahawa anjing yang telah bersara, seperti manusia, “memerlukan penjagaan harian”.

Layak dikagumi

Encik Bai telah menjadi pengendali anjing polis sejak tahun 2004, dan telah melatih lebih daripada 30 ekor anjing polis. Pada masa ini, 16 ekor anjing yang pernah dimilikinya adalah penghuni rumah persaraan ini

“Little dragon berasa lebih muda jika dia dapat terbang melepasi saya” kata En Bai

“Mereka telah menemani saya selama lebih dari 10 tahun, mereka boleh dikatakan seperti rakan sekerja saya, ataupun ahli keluarga saya,” katanya kepada media tempatan  Jun lalu.

Memberi ulasan tentang  video terbaru, seorang pengguna laman sosial Sina Weibo, Pinxieyougong berkata, tindakan Encik Bai amat mengagumkan. Perlu lebih banyak tingkah laku seperti  ini di seluruh negara,” katanya. Lagipun anjing-anjing itu adalah kakitangan kerajaan.

Pengguna lain bersetuju dengan kenyataan itu, memanggil mereka sebagai “wira-wira negara”. Seorang pengguna mengatakan mereka “harus diberi pencen” untuk sumbangan mereka terhadap negara.

Pada Jun lalu, anjing-anjing polis telah dipuji secara meluas atas bantuan mereka selepas kejadian tanah runtuh di wilayah barat daya Sichuan.

 Mereka juga telah dipuji oleh media negara bagi usaha mereka membantu dalam pencarian kanak-kanak hilang.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close